Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

ICA akan tambah penjana kuasa sokongan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas

Faishal: Tiada pelanggaran keselamatan berlaku semasa insiden bekalan kuasa terputus di Woodlands
Oct 21, 2022 | 05:30 AM



PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan menambah penjana kuasa sokongan semasa penyenggaraan di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas, menyusuli peristiwa bekalan kuasa terputus di Woodlands awal bulan ini.



Mengulas peristiwa itu di Parlimen semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, juga berkata tiada pelanggaran keselamatan, seperti kemasukan tidak sah, berlaku semasa insiden itu.



Peristiwa itu telah menjejas operasi di Pusat Pemeriksaan Woodlands selama beberapa jam pada 9 Oktober lalu, dengan pengguna jalan raya dilencongkan ke Pusat Pemeriksaan Tuas.



Pada 11.40 malam sebelumnya, ICA menjalankan penyenggaraan yang dijadual ke atas sumber kuasa di Pusat Pemeriksaan Woodlands.



"Waktu ini dipilih kerana ia biasanya kurang sibuk di pusat pemeriksaan itu," kata Dr Faishal semalam, semasa menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen termasuk Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar), Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong) dan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied).



Sebahagian daripada penyenggaraan itu, penjana kuasa sokongan telah dihidupkan untuk menyediakan kuasa dalam tempoh tersebut.



Pada 12.20 tengah malam 9 Oktober, penjana kuasa sokongan rosak, mengakibatkan bekalan kuasa terputus.



Penjana kuasa sokongan itu telah disenggara mengikut spesifikasi teknikal dan didapati dalam keadaan yang baik semasa pemeriksaan rutin mingguan dan bulanan, termasuk pada hari penyenggaraan pada 8 Oktober, kata Dr Faishal.



Sedang penjana kuasa sokongan itu telah beroperasi sejak 1999, ia tidak selalu digunakan, dan hanya beroperasi apabila sumber kuasa bangunan menjalani penyenggaraan atau semasa bekalan kuasa terputus.



Penjana kuasa sokongan itu dijadual untuk diganti pada 2028, menurut spesifikasinya.



"Punca kerosakan penjana kuasa sokongan itu ialah saluran udara yang baru koyak, menyebabkan udara panas daripada penjana itu disalurkan ke dalam bilik, dan bukan keluar dari bilik.



"Sedang udara panas itu mengalir semula di dalam bilik itu, enjin penjana itu menjadi hangat dan gagal berfungsi," ujar Dr Faishal.



Saluran udara itu diperiksa pada pagi 8 Oktober dan didapati dalam keadaan baik.



"Sebagai langkah berjaga-jaga, ICA akan mempertimbangkan jika saluran udara itu harus diganti dari masa ke masa pada masa depan, walaupun tiada koyak dikesan," kata Dr Faishal.



Katanya lagi, tiada pelanggaran atau kehilangan data yang dialami semasa insiden itu.



Ini sedang sistem Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (UPS) telah diaktifkan seperti yang dirancang dan menyediakan masa secukupnya untuk pelayan (server) ditutup dengan betul, sekali gus mencegah pelanggaran atau kehilangan data.



ICA juga telah melaksanakan beberapa langkah tambahan untuk melindungi operasi daripada gangguan kuasa.



Selain itu, UPS disediakan bagi sistem penting untuk memastikan operasi dapat terus berjalan jika penjana sokongan gagal.



Bagi kejadian bekalan kuasa terputus yang berlarutan dan tidak boleh disokong UPS, ICA mempunyai prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan operasi terus berjalan.



Ini termasuk mengaktifkan tenaga kerja tambahan untuk membantu dalam pemeriksaan manual, berkomunikasi dan menasihatkan pelancong menerusi pelbagai saluran untuk mengelakkan perjalanan tidak penting, serta melencongkan trafik ke pusat pemeriksaan lain.



Kesemua langkah ini telah diaktifkan semasa kejadian itu, Dr Faishal.



Sebelum insiden itu juga, ICA telah pun merancang untuk meningkatkan daya tahan kuasa di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas dengan membina prasarana elektrik kedua, selain prasarana sedia ada.



"Mempelajari daripada insiden ini, ICA akan menggunakan penjana tambahan sebagai sokongan semasa tempoh penyenggaraan pada masa depan.



"Kami akan mengongsi pengajaran daripada insiden ini dengan pihak berkepentingan prasarana penting yang lain," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >