Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA tingkatkan pemeriksaan di pusat pemeriksaan menyusuli alat radioaktif yang hilang di Malaysia

Aug 25, 2018 | 03:01 PM



PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah mempertingkatkan pemeriksaan di pusat pemeriksaan di sini, termasuk lapangan terbang, menyusuli laporan tentang alat radioaktif yang hilang di Malaysia, katanya hari ini (25 Ogos).



Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa ICA sedang memantau kes alat yang hilang di Malaysia itu yang mengandungi iridium, sejenis bahan radioaktif.



Menerusi kenyataannya, ICA berkata:



“Pusat pemeriksaan kami mempunyai keupayaan untuk mengesan ancaman radiologi.



“Sebagai contoh, pegawai ICA menggunakan peralatan termasuk alat pengimbas dan pengesan untuk memeriksa tahap radiasi pada kargo, kenderaan dan orang ramai yang memasuki Singapura.”



Polis Malaysia dilaporkan sedang mencari satu alat perindustrian yang mengandungi bahan radioaktif, yang hilang dari belakang sebuah lori pada 10 Ogos lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >