Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MERANCAKKAN LAGI KAWASAN GEYLANG SERAI

Identiti ikonik TKC akan dikekalkan

Dec 09, 2021 | 05:30 AM



TIANG miring yang menjadi antara ciri unik Tanjong Katong Complex (TKC) di bahagian luar bangunan menghadap Tanjong Katong Road akan dikekalkan.



Selain itu, laluan masuk baru akan dibina di bahagian utara Tanjong Katong Complex (TKC) bagi memudahkan pengunjung yang datang dari Stesen MRT Paya Lebar atau Sims Avenue, menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA).



Ia akan menghubungkan pintu masuk kawasan selatan TKC bagi pengunjung yang datang dari Geylang Road.



Perubahan fizikal kepada bangunan itu boleh dinantikan pengunjung selepas kerja-kerja naik taraf TKC selesai. Kerja-kerja naik taraf TKC dijangka bermula separuh kedua 2023.



"Muka luar (facade) bangunan yang dikemas kini akan 'melembutkan' rupa dan sekitaran semasa TKC yang ada sekarang. Ia akan membolehkan lebih banyak cahaya matahari masuk ke dalam bangunan dan menonjolkan lagi bahagian dalam bangunan itu,'' ujar kenyataan SLA.



Ruang tambahan juga akan dibina dalam bangunan itu, yang akan menawarkan lebih banyak ruang terbuka untuk kegiatan masyarakat.



Kerja-kerja merancakkan semula TKC akan menjadikannya bangunan kontemporari yang lebih sesuai dengan pembangunan kejiranan seperti Kinex Shopping Mall, SingPost Centre, PLQ Mall dan Wisma Geylang Serai (WGS).



TKC mempunyai ruang lantai kasar seluas 19,000 meter pergi.



Bangunan empat tingkat itu menempatkan lebih 100 penyewa yang mempunyai pelbagai penjualan seperti butik fesyen, perabot, langsir, rekaan dalaman dan sebagainya.



Dibentuk sejak 1984, ia diletakkan di bawah zon komersial di bawah Pelan Induk 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >