Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iftar amal di Wisma Geylang Serai

WGS
Jun 03, 2018 | 05:30 AM



LEBIH 200 benefisiari, termasuk kanak-kanak daripada keluarga kurang bernasib baik dan warga emas telah diraikan dalam satu acara iftar semalam.



Acara itu dianjurkan oleh Wisma Geylang Serai (WGS) dengan kerjasama sekumpulan pegawai Melayu dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), buat kali pertama.



Acara amal tersebut yang dihadiri oleh Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar, Dr Maliki Osman, adalah sebahagian daripada usaha berterusan WGS dalam mendekati masyarakat.



Antara benefisiari dalam acara itu adalah penghuni dari Rumah `Orang-orang Tua Jamiyah, keluarga bergaji rendah dari kawasan Bukit Merah serta para pelajar di bawah Persatuan Terencat Akal Singapura (Minds).



Semasa ditemui, Dr Maliki menjelaskan: "Acara hari ini adalah bermakna kerana kita memiliki sukarelawan dari pelbagai lapisan masyarakat yang tampil ke depan untuk melakukan amal.



"Sebagai contoh, kami mempunyai kumpulan tidak meraih keuntungan, The Gift Community yang terdiri daripada 20 belia Melayu serta sekitar 25 pegawai kanan Melayu SAF yang turun padang menyumbang tenaga.



"Ini sebenarnya adalah cerminan sebenar kehidupan bermasyarakat di Singapura dan saya berbesar hati melihat semangat kesukarelawanan di kalangan masyarakat kita.



Para benefisiari telah menerima baju Hari Raya baru, inisiatif oleh The Gift Community dengan kerjasama NTUC First Campus.



Dalam pada itu, Dr Maliki mendedahkan WGS akan menganjurkan satu usaha mengumpul dana, 'Ketupathon Amal' pada 13 Jun nanti.



"Kami mengajak semua yang pandai menganyam ketupat agar sama-sama menghasilkan ketupat selama 12 jam dan ketupat itu nanti akan dijual pada hari yang sama, untuk mengumpul dana.



"Sasaran kami ialah menghasilkan 20,000 ketupat. Para anggota parlimen Melayu kemudian akan memadankan dana yang terkumpul daripada penjualan ketupat, sehingga $15,000.



"Wang ini kemudian akan disumbang ke Tabung Amal Aidilfitri (TAA). Kami harap orang ramai akan turut serta dalam acara amal ini," ujarnya.



Tambah beliau, usaha itu juga bertujuan menghidupkan semangat kampung dan gotong-royong di Geylang Serai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >