Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikan dengan corak beralun eksotik dilihat buat pertama kali di perairan SG

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



SEPASANG ikan Mandarin, iaitu sejenis ikan karang berwarna-warni bercorak beralun yang disifatkan oleh penyelam skuba sebagai cukup eksotik - telah dilihat buat pertama kali di Singapura.



Spesies ikan itu yang dinamakan synchiropus splendidus tidak diketahui untuk ditemui di negara ini, walaupun ia ditemui di kawasan perairan kejiranan seperti di Filipina, serta di Borneo dan Java, Indonesia.



Para saintis berpendapat bahawa sepasang ikan itu kemungkinan telah dibebaskan daripada perdagangan akuarium, lapor akhbar The Straits Times.



Ikan-ikan itu telah dilihat oleh Cik Venus Tan, seorang penyelaras penjagaan hospital berusia 49 tahun.



Beliau berada di One°15 Marina di Sentosa semasa menyelam pada sekitar 5.30 petang pada 22 April.



"Saya sudah lama tidak menggunakan kamera... ketika berada berhampiran dengan batu-batu di dasar laut, saya terlihat sesuatu yang berbentuk gelap keluar masuk ke celah-celah batu," cerita beliau yang berkata penglihatan dalam air pada hari itu tidak jelas.



Dengan perlahan, Cik Tan menghampiri ikan itu dan kagum melihat warna ikan Mandarin yang bercorak beralun campuran biru dan jingga.



Tanpa berlengah, Cik Tan mula mengambil gambar-gambar kededua ikan itu.



Penemuan unik itu mendapat perhatian saintis ikan daripada Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Zeehan Jaafar dan ia telah disertakan dalam jurnal biodiversiti saintifik Nature In Singapore pada 31 Mei.



Dr Jaafar berkata beliau mengesyaki bahawa kedua-dua ikan itu telah dibebaskan oleh pengendali akuarium komersial dan diandaikan sebagai pasangan untuk pembiakan.



"Ikan-ikan itu mungkin akan bertelur. Namun, larvanya terapung bebas jadi mereka perlu kembali ke kawasan itu apabila ia dalam peringkat juvenil. Terdapat banyak kemungkinan," kata Dr Jaafar.



Terdapat bukti bahawa ikan daripada aktiviti perdagangan akuarium apabila dilepaskan ke persekitaran semula jadi yang tidak biasa dijumpai, akan mengganggu ekosistem tempatan.



Menurut saintis ikan di Muzium Sejarah Alam Lee Kong Chian NUS, Dr Tan Heok Hui, ikan Mandarin tersebut tidak mungkin meninggalkan kesan sedemikian kerana ia mungkin menjadi pemangsa bagi kehidupan air lain.



Namun, beliau memberi amaran bahawa memperkenalkan spesies bukan asli ke dalam persekitaran marin Singapura boleh membawa kesan berbahaya yang lain.



Dr Tan berkata: "Terdapat jauh lebih banyak kesan daripada yang dapat dilihat dengan segera. Terdapat juga potensi penyebaran penyakit.



"Jika ikan-ikan itu mengawan dengan spesies lain yang berkait rapat di perairan Singapura, terdapat juga kemungkinan hibridisasi dan kelemahan gen ikan tempatan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >