Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikea akan buka cawangan baru di Jem tahun depan

May 11, 2020 | 02:38 PM



GEDUNG perabot gergasi Sweden, Ikea, akan memperluaskan khidmat dan membuka cawangan ketiga mereka di barat Singapura tahun depan.



Cawangan yang bertempat di pusat beli-belah Jem dan mempunyai keluasan 70,000 kaki persegi akan mengambil ruang tiga tingkat bangunan Jem dan akan menawarkan pelbagai produk Ikea serta sebuah restoran, meskipun ia tidak sebesar dua cawangan lainnya.



Dalam satu kenyataannya hari ini (11 Mei), syarikat itu berkata cawangan itu tidak akan mempunyai taman permainan atau gudang yang terdapat di dalam, namun pengunjung akan mendapat pengalaman baru yang menggabungkan katalog lengkap Ikea untuk setiap sudut utama pameran rumah - konsep pertama yang seumpamanya di rantau ini.



Cawangan pertama Ikea di Singapura dibuka pada 1978 dan kini syarikat itu mempunyai cawangan di Tampines dan Alexandra yang dikunjung hampir tujuh juta orang setiap tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >