Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikon pop-yeh-yeh A. Rahman Hassan meninggal dunia

Jun 13, 2019 | 10:05 AM



Penyanyi popular era pop-yeh-yeh A. Rahman Hassan telah meninggal dunia sekitar tengah malam tadi (13 Jun).



Allahyarham berusia 73 tahun.



Menurut laporan media di Malaysia, Allahyarham meninggal dunia pada 12.38 pagi di Hospital Ampang.



Kelmarin, akhbar mStar melaporkan bahawa Allahyarham berada dalam keadaan genting dan bernafas dengan bantuan alat pernafasan.



Menurut anaknya, Khir Rahman, bapanya dikejarkan ke hospital di Kuala Lumpur itu pada Isnin, apabila beliau tidak sedarkan.



Menurut Khir, doktor telah memberitahu beliau dan keluarga bahawa bapanya mempunyai peluang tipis untuk pulih.



 Namun beliau enggan berputus asa.



 “Saya tiada pilihan lain selain bertabah. Mak dan adik-adik pun bersedih. Jadi saya yang harus jadi kuat… tapi dalam hati ini… hanya Tuhan yang tahu,” ujar Khir.



“Redha perkara terakhir yang akan saya lakukan… jika ia berlaku, saya akan redha… tapi buat masa ini, bagi ayah, saya akan tetap berdoa dan mengharapkan keajaiban berlaku,” ujar Khir.



 Allahyarham popular dengan lagu-lagu seperti Tak Mengapa, Hanya Untuk Aku dan Semoga Berjaya. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >