Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Imam Masjid Ba'alwie dilantik anggota Majlis Presiden bagi Hak Minoriti

Jul 16, 2021 | 05:30 AM



IMAM Masjid Ba'alwie, Habib Syed Hassan Syed Mohamed telah dilantik oleh Presiden Halimah Yacob sebagai anggota Majlis Presiden bagi Hak Minoriti.



Perlantikan itu yang berkuat kuasa semalam, adalah bagi penggal khidmat selama tiga tahun, menurut kenyataan Pejabat Presiden semalam.



Majlis Presiden berperanan untuk meneliti undang-undang yang diluluskan Parlimen untuk memastikan tiada diskriminasi terhadap sebarang masyarakat keagamaan atau kaum.



Kenyataan itu berkata Habib Hassan merupakan pejuang bagi dialog antara agama dan telah mengetuai banyak inisiatif untuk membina persefahaman bersama di antara masyarakat berbilang agama.



Beliau pernah menerima Pingat Jasa Gemilang pada 2015 di atas usahanya yang berterusan untuk memperkukuhkan keharmonian kaum dan agama di Singapura.



Sementara itu, Encik Othman Haron Eusofe, Profesor Chan Heng Chee, Encik Barry Desker, Encik Philip Jeyaretnam dan Venerable Sik Kwang Sheng akan dilantik semula sebagai anggota bagi penggal selama tiga tahun lagi.



Mantan mufti, Shaikh Syed Isa bin Mohamed Semait dan Encik JY Pillay, telah mengundurkan diri daripada majlis tersebut - masing-masing pertama kali dilantik pada 2015 dan 2003.



"Presiden dan pemerintah mengucapkan terima kasih di atas khidmat mereka dalam Majlis Presiden," ujar kenyataan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >