Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IMDA gantung lesen 'The Online Citizen' kerana gagal sahkan dana

Laman TOC diminta hentikan operasi esok
Sep 15, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah menggantung lesen kelas The Online Citizen (TOC) daripada mengendali laman web serta saluran media sosial mereka.



Dalam satu kenyataan semalam, IMDA berkata laman yang mengeluarkan kandungan sosiopolitik itu telah berulang kali gagal mengesahkan semua sumber kewangannya sejak sekitar pertengahan tahun lalu.



TOC akan diminta untuk tidak menyiarkan sebarang kandungan ke laman web dan saluran media sosialnya dengan serta merta, dan menghentikan semua khidmat tersebut pada 3 petang esok, kata IMDA.



Ia menambah sekiranya TOC terus beroperasi meskipun telah melanggar peraturan tersebut, ia akan mengambil langkah untuk menghalang pengguna daripada mengakses laman itu di Singapura.



Sekiranya TOC "tidak memberikan maklumat lanjut untuk mematuhi peraturan itu dengan sepenuhnya," lesen kelasnya boleh digantung pada 28 September ini, kata IMDA, sambil menambah pengendali laman tersebut boleh didapati bersalah bagi melakukan jenayah di bawah Akta Penyiaran.



"Tiada alasan bagi TOC untuk tidak mematuhinya kerana penyedia kandungan Internet berdaftar lain telah memberikan maklumat ini supaya mereka dapat mengesahkan sumber kewangan mereka," kata IMDA.



TOC merupakan antara dua laman web yang kini digelar sebagai penyedia kandungan Internet berdaftar (ICP) oleh IMDA. Laman web lain ialah The Independent Singapore.



Laman web yang telah berdaftar sebagai ICP termasuk Six-Six News dan The Middle Ground. Kedua-dua laman web tersebut sudah tidak beroperasi lagi.



Laman web tersebut, yang menyediakan kandungan yang memberi tumpuan kepada isu berkenaan parti politik di Singapura, dan giat menggalak perbincangan terhadap isu-isu itu, diperlukan mengesahkan sumber kewangan mereka.



"Ini adalah untuk menghalang laman-laman web itu daripada dikawal oleh pihak asing, atau berada di bawah pengaruh entiti dan pendanaan asing, dan untuk memastikan tiada pengaruh asing dalam hal politik domestik," kata IMDA.



Keperluan pengesahan itu telah ditetapkan sejak 2013.



Laman web berita aliran utama tidak dianggap sebagai ICP kerana mereka dikawal secara berasingan di bawah Akta Penyiaran dan Akta Suratkhabar dan Mesin Cetak.



Di bawah peraturan bagi ICP, pengesahan bagi semua pendanaan perlu dilakukan.



Walaupun pendapatan daripada langganan dan pengiklanan dapat dikecualikan daripada pengesahan itu, IMDA berkata sumber pendanaan sedemikian tidak sepatutnya digunakan sebagai satu peluang untuk dipengaruh atau menerima pendanaan daripada pihak asing.



Ia berkata TOC telah menawarkan rangka kerja pelangganan di mana pengguna yang membayar yuran tahunan sebanyak $120 boleh meminta TOC untuk menulis laporan berkaitan topik tertentu tanpa mengesahkan identiti mereka.



Ini sama seperti membolehkan pelanggan mengupah kandungan untuk diterbitkan, yang memerlukan identiti mereka disahkan dengan sepenuhnya, kata IMDA.



"Ini merupakan satu sebab keprihatinan kerana pihak asing berupaya menggunakan khidmat itu untuk membayar TOC supaya ia menulis laporan yang mempengaruhi isu politik tempatan," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >