Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IMDA, SUTD lancar makmal 6G pertama di Asia Tenggara

Sep 20, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA berhasrat menjadi pusat global untuk penyelidikan dan Pembangunan 6G.



Bagi merealisasikan matlamat itu, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah bekerjasama dengan Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD), untuk melancarkan Makmal Komunikasi & Ketersambungan Masa Depan (FCC), makmal 6G fizikal yang pertama di rantau ini.



Ia juga akan menggabungkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) 6G dengan Pusat Mega AI SUTD.



Makmal tersebut bertujuan mempercepatkan penyelidikan canggih teknologi komunikasi masa depan dan membuka pintu kepada kejayaan dalam penyelidikan 6G serta menyokong teknologi baru yang muncul.



Ini termasuk komunikasi holografik dan keupayaan penderiaan pintar untuk menyokong seterusnya kereta pandu sendiri dan dron generasi baru.



Melancarkan makmal baru itu semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo berkata sebagai penggubal dasar mereka melihat ketersambungan digital sebagai satu usaha bukan hanya untuk membaiki kecekapan dan inovasi perniagaan.



"Ia juga menyediakan laluan kepada rakyat kepada pelbagai peluang baik pendidikan, pekerjaan, dan banyak lagi perkara yang baik.



"Ia juga berupaya menyatukan setiap masyarakat dan membantu masyarakat kita maju sebagai satu," katanya.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam bersama oleh IMDA dan SUTD, FCCLab, akan ditempatkan di kampus SUTD.



Ia adalah sebahagian daripada Program Penyelidikan dan Pembangunan Komunikasi (FCP) yang bernilai $70 juta.



FCP dihoskan oleh SUTD dan disokong oleh Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF), di bawah usaha penyelidikan, inovasi dan perusahaan (RIE).



"Saya berharap Makmal FCC bukan sahaja akan menjadi titik fokus untuk penyelidikan 6G di Singapura tetapi juga berfungsi sebagai pusat global kecemerlangan penyelidikan," kata Cik Teo.



Mengulas tentang makmal baru ini, Presiden SUTD, Profesor Chong Tow Chong berkata:



"SUTD berbesar hati untuk bekerjasama dengan IMDA, untuk memajukan institusi penyelidikan dan pendidikan industri untuk pembangunan bakat dalam Ekosistem komunikasi tanpa wayar Singapura.



"Kami berharap dapat mempercepatkan penyelidikan ini untuk teknologi komunikasi masa depan."



FCP akan menyelaraskan usaha penyelidikan pelbagai disiplin merentas ekosistem RIE, dengan Institut Penyelidikan (RI), Institut Pengajian Tinggi (IHL) dan usaha RIE yang lain.



Sebagai institusi hos, SUTD akan mengetuai kerjasama merentasi ekosistem Singapura - Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Nasional Singapura (NUS), dan Institut Teknologi Singapura (SIT).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >