Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Impian arwah beli rumah, sambung belajar tidak kesampaian

Feb 22, 2023 | 05:30 AM



APA yang sepatutnya merupakan rutin harian ke tempat kerja bagi pasangan Cik Yasmin Abdullah, 26 tahun, dan suami, Encik Muhammad Zahid Abdul Gaffar, 29 tahun, bertukar menjadi satu tragedi.



Ini setelah motosikal yang ditunggang mereka terlibat dalam nahas jalan raya di Ekspreswe Tampines (TPE) menuju ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada pagi Isnin, yang meragut nyawa Allahyarhamha Yasmin.



Menurut sijil kematian yang dilihat Berita Harian, Allahyarhamha Yasmin meninggal akibat pelbagai kecederaan.



Difahamkan, keadaan Encik Zahid stabil meskipun beliau mengalami kecederaan dan perlu menjalani beberapa pembedahan.



Dalam satu catatan Facebook oleh Cik Zahidah Abdul Gaffar, kakak kepada Encik Zahid, beliau menjelaskan kecederaan yang dialami adiknya "amat serius" tetapi keadaannya stabil.



Semasa ditemui di rumah bapa Allahyarhamha, Encik Abdullah Sunyar, 64 tahun, di Pasir Ris pada Selasa, Encik Abdullah berkata suami Cik Yasmin biasanya menghantar beliau ke tempat kerja di Upper East Coast Road sekitar 7.45 pagi.



"Suami arwah rajin menghantar beliau ke tempat kerja. Suaminya bekerja dari rumah," ujarnya.



Encik Abdullah, seorang pesara, berkongsi bahawa mereka berdua baru saja mendirikan rumah tangga tiga minggu lalu.



Menurutnya, ia merupakan detik paling manis bagi arwah Yasmin kerana beliau "telah dapat mencapai hajatnya (untuk berkahwin)".



"Lepas berkahwin, arwah pernah berkongsi... untuk sambung pelajaran dan cari rumah.



"Beliau ada diploma tetapi disebabkan penyakit Crohn (penyakit radang usus) yang dihidapinya, beliau perlu hentikan impian tersebut buat sementara waktu kerana ubat-ubatan yang diambilnya agak mahal," tambah ayahnya.



Beliau menyifatkan perwatakan arwah, adik bongsu dalam kalangan dua beradik, sebagai seorang yang murah senyuman, mudah bergaul dan amat rapat dengan kakaknya.



"Meskipun menghidap penyakit Crohn, beliau tidak pernah lokek senyuman dan selalu riang," jelas Encik Abdullah.



Kakak, Cik Aliah Fatin, juga menyifatkan adiknya sebagai seorang yang sangat penyayang dan kelakar.



"Kehilangan beliau rasa seperti saya hilang segalanya. Beliau meninggalkan impak yang hebat bukan saja bagi diri saya, bahkan kepada mereka yang mengenalinya," ujar beliau.



Beberapa rakan kerja arwah Yasmin - yang bekerja sebagai pembantu doktor gigi di Canaan Dental selama enam tahun - yang ditemui juga menyifatkan perwatakannya sebagai seorang yang sangat peramah.



Antaranya, Cik Hana Hassan, menyifatkan beliau sebagai "baik hati, sangat cekal dan periang."



Jenazah Allahyarhamha Yasmin selamat dikebumikan selepas 4 petang di Pusara Aman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >