Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IRSYAD TERKINI MUIS MENGENAI SOLAT JUMAAT

Individu belum divaksin: Solat Jumaat perlu diganti solat Zuhur

Jan 30, 2022 | 05:30 AM



ANGGOTA masyarakat Islam yang belum divaksin disebabkan masalah kesihatan perlu menggantikan solat Jumaat berjemaah dengan solat Zuhur di rumah sendiri demi keselamatan diri mereka dan juga jemaah lain.



Ini kerana terdapat risiko tinggi golongan tersebut lebih terdedah kepada jangkitan virus Covid-19.



Dalam mengeluarkan irsyad terkini berkaitan keringanan atau rukhsah untuk tidak menunaikan solat Jumaat dalam satu kenyataan semalam, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata ia selaras dengan langkah-langkah terkini pemerintah berkaitan situasi pandemik kini.



Meskipun hukum solat Jumaat kekal wajib, keringanan untuk tidak menunaikan solat Jumaat masih wujud bagi dua golongan berdasarkan perkembangan terkini situasi pandemik Covid-19.



Ini termasuk individu yang tidak layak menerima vaksin atas sebab-sebab kesihatan, menurut Muis.



Mereka tergolong dalam kumpulan individu yang uzur kerana sakit dan bertanggungjawab untuk mengelakkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.



"Bagi mereka, keringanan untuk meninggalkan solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid merupakan keringanan yang wajib diperhatikan, kerana menghadirkan diri pada perkumpulan orang ramai di masjid boleh menimbulkan risiko kemudaratan kepada diri mereka dan juga orang lain," menurut kenyataan itu lagi.



Antara individu lain yang termasuk dalam golongan yang diberikan keringanan solat jumaat adalah mereka yang mempunyai imun tubuh yang lemah, yang menghidap penyakit kronik dan juga mereka yang telah divaksin tetapi tidak berjaya menempah slot solat Jumaat kerana keterbatasan ruang.



Selain golongan tersebut, Muis secara amnya menggesa Muslimin untuk berusaha mengambil langkah wajar bagi menunaikan solat Jumaat.



Ini termasuk dengan memastikan status vaksinasi yang lengkap yang membolehkan mereka menunaikan solat jemaah di masjid dengan selamat dan mendaftar diri setiap Jumaat bagi mendapatkan ruang solat.



"Kami bersyukur kerana umat Islam Singapura telah menyahut baik seruan untuk mengikuti langkah berjaga-jaga dan mengambil vaksin, dan rata-rata jemaah masjid di Singapura telah divaksinasi.



"Irsyad agama ini bersesuaian buat situasi yang dihadapi sekarang dan segala perkembangan akan terus dipantau dan panduan yang bersesuaian akan dikeluarkan apabila ada perkembangan lanjut," tambah Muis dalam kenyataan tersebut.



Beberapa negara Islam lain juga telah mewajibkan status vaksinasi sebelum membenarkan individu melaksanakan solat di masjid, termasuk di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi.



Kenyataan itu juga menambah, ramai ulama serta badan fiqh antarabangsa berpandangan mengambil vaksin adalah satu kewajipan dalam suasana pandemik hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >