Industri perkhidmatan dibantu jalani transformasi

SATU skim baru diperkenalkan pemerintah bagi membolehkan syarikat dalam sektor industri perkhidmatan merombak perniagaan mereka di tengah-tengah masalah tenaga kerja.

Di bawah Program Transformasi Industri Perkhidmatan (SITP) yang dilancarkan Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo semalam, syarikat yang menyertai skim ini akan dilengkapi dengan kemahiran perkhidmatan serta teknik mengubah cara pekerjaan mereka untuk menjadikannya lebih menarik kepada pekerja selain membantu meningkatkan daya penghasilan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan