Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inflasi teras naik pada kadar lebih perlahan bagi Mac

Apr 24, 2023 | 08:48 PM



KEDEDUA inflasi teras dan keseluruhan meningkat pada kadar lebih perlahan pada Mac selepas memuncak pada bulan-bulan sebelumnya.



Harga pengguna teras – yang tidak termasuk pengangkutan privet dan kos penginapan, lantas mencerminkan perbelanjaan isi rumah Singapura secara lebih tepat – meningkat 5 peratus pada Mac berbanding tempoh sama pada 2022.



Kadar ini lebih rendah berbanding 5.5 peratus yang dicatat pada Februari, satu angka tertinggi sejak November 2008.



Inflasi teras yang mula reda berlaku di sebalik kenaikan harga yang lebih rendah dalam perkhidmatan, makanan, runcit dan barangan lain.



Bagi dua bulan berturut-turut pada 2023, indeks harga pengguna, atau inflasi keseluruhan, terus reda.



Ia merosot 5.5 peratus pada Mac, turun daripada 6.3 peratus pada Februari dan 6.6 peratus pada Januari, diterajui kemerosotan dalam inflasi pengangkutan privet.



Kededua inflasi teras dan keseluruhan pada Mac secara umumnya lebih rendah berbanding ramalan Reuters.



Ramalan rasmi bagi tahun ini kekal tidak berubah pada kadar antara 5.5 peratus dengan 6.5 peratus bagi inflasi keseluruhan, dengan ramalan inflasi teras antara 3.5 peratus dengan 4.5 peratus.



Anggaran ini mengambil kira kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada 7 peratus kepada 8 peratus bermula 1 Januari.



Harga komoditi tenaga dan makanan telah jatuh di bawah kemuncak yang disaksikan pada 2022, yang telah menyebabkan kemerosotan dalam harga import Singapura berdasarkan tahun demi tahun, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Isnin.



Mereka menambah bahawa perniagaan dijangka menyalurkan kos kepada pelanggan pada kadar yang sederhana, sedang kos kenaikan kereta dan penginapan kekal pada suku-suku akan datang di sebalik kuota Sijil Hak Milik (COE) bagi kereta dan permintaan kukuh bagi perumahan sewa.



Inflasi teras dijangka kekal meningkat dalam beberapa bulan mendatang, kata pihak berkuasa.



“Namun ia akan kekal pada kadar sederhana, sebelum perlahan pada separuh kedua 2023 sedang inflasi import jatuh terus dan pasaran buruh domestik yang ketat mula reda.”

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >