Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN PENGUMUMAN MTF BAGI MENANGANI COVID-19

Ingin anak divaksinasi walau pernah hidap barah kerana yakin faedahnya

Nov 17, 2021 | 05:30 AM



APABILA diumumkan vaksinasi vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech mungkin diperluas kepada kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun pada separuh kedua bulan ini, Cik Azleen Khamis tidak mengambil masa lama untuk memutuskan kedua-dua anaknya akan mengambil vaksin itu.



Ini meskipun anak sulungnya, Asfa Horis, tujuh tahun, bekas pesakit barah. Dia pulih pada 2019.



Puterinya itu didiagnos menghidap leukemia limfoblastik akut ketika berusia dua tahun.



Beberapa tahun lalu, semasa anaknya menjalani rawatan intensif, Cik Azleen tidak berani membawanya keluar ke tempat ramai pengunjung kerana anaknya mudah jatuh sakit kerana sistem imunnya rendah.



Namun, dalam berdepan virus Covid-19 yang kian menjadi endemik sekarang, Cik Azleen, 37 tahun, seorang pegawai perkhidmatan awam, tidak berfikir dua kali untuk mendapatkan vaksinasi sebagai perlindungan untuk anaknya jika ia ditawarkan kelak.



"Saya akan tetap menghantar anak saya bagi vaksinasi kerana saya tahu akan kebaikannya bagi anak saya.



"Malah, doktor anak saya sendiri telah menasihatkan saya agar Asfa divaksinasi kerana ia baik untuknya.



"Tetapi mungkin saya tidak mahu anak saya menjadi antara kohort pertama kanak-kanak mengambil vaksin tersebut, dan akan sebaliknya mengambil pendekatan tunggu dan lihat terlebih dahulu," ujarnya.



Cik Azleen, bagaimanapun, masih prihatin apakah anaknya itu boleh menahan kesan sampingan akibat vaksin itu kelak.



"Sedangkan orang dewasa sihat yang divaksinasi mengalami pelbagai kesan sampingan, seperti demam, sakit otot, lemah badan dan sebagainya, apatah lagi kanak-kanak kecil yang mempunyai sejarah penyakit barah.



"Saya harap lebih banyak kajian dapat dijalankan, terutama bagi kanak-kanak seperti Asfa," tambah beliau.



Seorang pakar perbidanan dan sakit puan Hospital Raffles, Dr Jazlan Joosoph, berkata keputusan muktamad untuk memvaksinasi kanak-kanak terletak di tangan ibu bapa mereka.



"Kita perlu menghomati keputusan mereka. Tetapi bagi ibu bapa belum bersedia atau tidak yakin tentang manfaat vaksinasi, nasihat saya ialah bantulah melindungi mereka dengan mengambil langkah pencegahan menyeluruh, seperti memastikan tahap kebersihan tinggi, memakai pelitup, dan melakukan ujian rapid antigen (ART) secara kerap



"Namun, apabila lebih banyak data diketahui, harap pertimbangkan vaksinasi kerana vaksinasi ialah cara terbaik melindungi diri daripada dijangkiti Covid-19 dan mengelakkan penyakit serius apabila dijangkiti," kata Dr Jazlan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >