Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RENCANA

Ingin beri kesan, mudahkan urusan pengguna berteras teknologi

Oct 22, 2023 | 05:30 AM



Keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Singapura mencorak masa hadapan Cik Nadhira Salsabila, menjadi seorang jurutera sofwe di syarikat PayPal dan kini merupakan antara yang tersenarai dalam 100 Wanita Singapura dalam Teknologi (SG100WIT).

Bersama 99 lagi wanita lain, Cik Nadhira, asal Indonesia, diiktiraf atas kejayaannya dalam bidang teknologi yang diceburi.

Senarai SG100WIT 2023 yang bertemakan ‘Memperkasakan Diri, Memberi Inspirasi’, bertujuan memperkasa wanita, menyerlahkan kejayaan, meraikan kemajuan wanita dan memberi inspirasi kepada industri dan masyarakat secara amnya.

Di PayPal, pasukan Cik Nadhira, 24 tahun, bertanggungjawab melaksanakan peraturan pemerintah seperti proses pengesahan ‘Know Your Customer’ dan had transaksi bagi akaun mereka melalui sistem ‘back-end’.

Cik Nadhira juga merupakan sebahagian daripada Duta Impak Komuniti Paypal yang menganjurkan acara sukarelawan di pejabat PayPal Singapura.

“Saya sering meluangkan masa dengan aktiviti atau acara yang berkenaan dengan wanita disebabkan senior saya di sekolah. Sebagai seorang wanita, saya telah meraih manfaat daripada bimbingan mereka dan ingin lakukan yang sama bagi wanita yang lebih muda daripada saya.

“Saya beruntung kerana di PayPal, saya diberi peluang tersebut.

“Di luar PayPal, saya juga sering melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan yang berkaitan dengan dunia teknologi juga. Sebagai contoh, saya pernah membantu sekumpulan wanita cipta akaun LinkedIn dan resume untuk mudahkan lagi proses pencarian kerja,” kata beliau.

Melalui kerja hariannya, Cik Nadhira dapat memenuhi cita-citanya untuk memberi kesan kepada masyarakat. Melalui kerjayanya di PayPal, beliau terlibat dalam projek yang memberi kesan kepada berjuta-juta pengguna PayPal di seluruh dunia.

“Di syarikat besar ini, saya dapat lihat kerja saya benar-benar memberi kesan yang besar kepada pengguna. Saya dapat lihat mereka menghantar wang dengan lebih muda dan selamat,” ujar Cik Nadhira, seorang anak tunggal, yang ibu bapanya menetap di Indonesia.

Cik Nadhira, yang mempunyai latar belakang dalam Sains Pengkomputeran daripada Universiti Nasional Singapura (NUS), akui bahawa industri teknologi memang dipenuhi golongan lelaki.

“Saya rasa dalam kelas saya di universiti, kadar mahasiswa lelaki dengan wanita adalah 80:20. Kerana itu, saya rasa senarai ini wujud sebagai bukti kepada masyarakat am tentang kebolehan wanita.

Kepada wanita di luar sana yang masih teragak-agak atau tiada keyakinan diri untuk menyertai industri teknologi, ada wanita lain dalam industri ini yang sudah berjaya. Saya ingin menjadi contoh kepada wanita muda di luar sana.

“Bagi mereka yang tidak pasti, jangan khuatir, ada pelbagai jenis program ‘mentorship’ yang boleh memberi anda sokongan,” kata Cik Nadhira.

Beliau yang sudah dua tahun bekerja di PayPal, masih lagi ingat cabaran yang beliau hadapi pada tahun-tahun permulaannya.  

“Saya pernah meragui keupayaan diri dan menganggap bahawa saya diberi peluang kerana merupakan seorang minoriti dan bukan kerana kebolehan saya. Ia mengambil sedikit masa, tetapi sekarang saya bangga dengan pencapaian saya dan yakin dengan keupayaan saya.

“Tidak ada apa kekurangan yang ada pada diri saya jika dibandingkan dengan rakan lelaki sekerja,” katanya.

Harapan Cik Nadhira adalah supaya industri teknologi boleh terus menyenangkan lagi kehidupan, menjadikan proses perbankan mudah, senang dan selamat untuk digunakan.

Ditanya mengenai dirinya yang tersenarai antara 100 wanita dalam teknologi, Cik Nadhira berkata beliau tidak yakin akan disenaraikan kerana pengalamannya yang masih singkat.

“Ada yang lebih berpengalaman daripada saya. Namun, apabila disenarai, saya sangat bersyukur.

“Saya sangat rapat dengan ibu bapa saya dan sudah memberitahu mereka tentang senarai ini. Mereka tidak pernah putus menyokong saya. Saya juga ada beberapa rakan yang tinggal serumah di sini dan mereka menjadi sumber sokongan saya yang sangat tegar. Mereka tahu onak duri yang saya lalui dan kerana itu, saya berterima kasih atas sokongan mereka,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >