Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ingin melancong? Buat pendaftaran dengan MFA dulu

Feb 06, 2023 | 10:48 PM



WARGA Singapura digesa membuat pendaftaran dalam talian di laman Kementerian Ehwal Luar (MFA) sebelum berangkat ke luar negara, memantau keadaan terkini semasa melancong dan mendapatkan dasar insurans yang mencukupi.



Pengembara juga dinasihat untuk memantau perubahan terkini di negara yang mereka ingin kunjungi terutamanya jika terdapat kejadian yang berupaya menjejas keselamatan mereka.



Demikian dinyatakan Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan dalam satu kenyataan bertulis di Parlimen pada Isnin (6 Februari) menjawab pertanyaan oleh Anggota Parlimen (GRC Tanjong Pagar) Cik Joan Pereira.



Cik Pereira telah bertanya apa antara langkah tambahan selain memberi nasihat pelancongan yang tersedia bagi warga Singapura untuk mereka melengkapkan diri dengan teknik menyelamat nyawa serta panduan sebelum berkunjung ke negara lain.



Menjawab pertanyaan itu, Dr Balakrishnan berkata: "Selain nasihat pelancongan, warga Singapura perlu mendapatkan maklumat lain berkait perjalanan luar negara di laman MFA seperti butiran kontak Misi Luar Negara Singapura terdekat serta khidmat kecemasan tempatan."



Warga Singapura juga boleh menghubungi Pejabat Bertugas MFA yang bertugas 24 jam jika mereka memerlukan bantuan atau perlu bimbingan semasa di luar negara.



"Warga Singapura amat digalak membuat pendaftaran elektronik bersama MFA sebelum berangkat ke luar negara," kata Dr Balakrishnan



"Ini akan membolehkan MFA berhubung dengan mereka untuk meneliti keselamatan dan menawarkan bantuan konsular sekiranya terdapat satu kecemasan atau bencana." tambahnya lagi.



Pengembara juga perlu memantau keadaan cuaca yang mungkin tidak diketahui serta keadaan memandu kenderaan, membuat persediaan yang mencukupi bagi kegiatan yang akan disertai serta membeli insurans pelancongan yang mencukupi termasuk khidmat jagaan kesihatan cemas dan pemindahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >