Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inginkan keluarga lebih besar...

Feb 26, 2023 | 05:30 AM



HASRAT di hati ingin meramaikan lagi cahaya mata.



Namun, kos hidup yang makin meningkat membuat pasangan muda, Cik Armiza Sahira Jabri, 26 tahun, dan Encik Muhammad Haziq Zulkefli, 28 tahun, berfikir dua kali untuk menambah anggota keluarga setelah kelahiran anak kedua mereka.



Justeru, langkah sokongan serta insentif kewangan bagi keluarga muda yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 amat dialu-alukan, menambah keyakinan pasangan tersebut dalam perancangan mereka.



Namun, pakar berkata lebih banyak sokongan yang perlu diberikan untuk memberi kesan lebih mendalam, lebih-lebih lagi sedang Jumlah Kadar Kesuburan (TFR) Singapura jatuh ke tahap paling rendah dalam sejarah pada 2022, iaitu 1.05. Ini berbanding 1.1 pada 2020 dan 1.12 pada 2021.



Mengulas mengenai TFR Singapura semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) baru-baru ini, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, berkata seperti negara maju lain, TFR Singapura merosot tahun demi tahun.



Menurutnya, lebih ramai warga kini berkahwin pada usia lebih lanjut dan menangguhkan menimang cahaya mata atau memilih untuk tidak mempunyai anak yang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >