Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Inisiatif bantu, sokong keluarga punyai anggota keperluan khas dilancar

Rangkaian Siblings Network oleh My Inspiring Journey beri sokongan menyeluruh
Apr 13, 2023 | 05:30 AM



SEBUAH rangkaian sokongan 'Siblings Network' telah dilancarkan pada 1 April oleh My Inspiring Journey (MIJ) Hub untuk memberikan sokongan menyeluruh bagi adik-beradik yang mempunyai anggota keluarga yang berkeperluan khas.



Berucap semasa majlis berbuka puasa bersama sekitar 12 keluarga yang mempunyai anak berkeperluan khas, pengasas MIJ Hub, Cik Faraliza Zainal, berkata penubuhan rangkaian tersebut sangat dialu-alukan supaya adik-beradik mempunyai rakan-rakan dan sistem sokongan yang padu.



"Terdapat banyak tumpuan kepada ibu bapa sebagai penjaga utama kepada individu berkeperluan khas tetapi kita sering terlupa bahawa apabila ibu bapa meninggal dunia, waris terdekat adalah adik-beradik.



"Kami menubuhkan 'Siblings Network' ini kerana kami tidak mahu adik-beradik individu yang berkeperluan khas berasa keseorangan. Kami ingin mereka sedar bahawa ada adik-beradik lain di luar sana yang mereka boleh berkongsi ilmu dan pengalaman," kata Cik Faraliza.



Semasa acara tersebut, Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, turut hadir dan berbuka puasa bersama para tetamu termasuk staf MIJ Hub, rakan kerja dan anggota masyarakat.



Encik Mohd Fahmi berkata beliau amat bangga dengan usaha-usaha MIJ Hub untuk membantu keluarga dan individu berkeperluan khas dan berharap masyarakat dan penaja akan tampil ke hadapan untuk turut menyokong.



"Saya gembira MIJ Hub telah banyak melakarkan inisiatif untuk mendekati individu berkeperluan khas.



"Sebagai sebuah masyarakat, kita harus saling menjaga dan membantu antara satu sama lain. Jika bukan kita, siapa lagi?" tambah Encik Mohd Fahmi.



Cik Aliah Ali, ketua MIJ 'Siblings Network', berharap pengalamannya dalam menjaga seorang abang yang mempunyai autisme dapat membantu adik-beradik lain yang menyertai rangkaian sokongan tersebut.



"Semasa membesar, saya terpaksa mengalami sendiri dan berasa seperti tiada orang lain yang boleh saya sandarkan kecuali keluarga saya.



"Saya fikir, alangkah bagusnya sekiranya saya mempunyai sekumpulan orang yang mempunyai cerita yang sama dan mungkin orang yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan nasihat.



"Dengan itu, kami menubuhkan 'Siblings Network' dan berharap dapat menyediakan wadah bagi adik-beradik sebegini untuk bersama-sama dan menyokong satu sama lain, memberikan keselesaan dan bekerjasama untuk menambah baik landskap bagi individu tersebut serta adik-beradik mereka terutamanya," tambah Cik Aliah.



Selain berbuka bersama, para tetamu juga disajikan dengan acara-acara dan persembahan menarik oleh kumpulan dikir barat MIJ Hub dan Kelab Bahasa dan Budaya Melayu Universiti Pengurusan Singapura (SMU).



MIJ Hub adalah sebuah hab pendidikan khas yang ditubuhkan pada 2011 yang menyediakan program bagi individu berkeperluan khas dari umur 2 hingga 30 tahun, dengan perbezaan pembelajaran 6 diagnosis berbeza - iaitu autisme, gangguan hiperaktif kurang tumpuan (ADHD), palsi serebral, disleksia, sindrom down dan kelewatan perkembangan global.




"Saya gembira MIJ Hub telah banyak melakarkan inisiatif untuk mendekati individu berkeperluan khas.

Sebagai sebuah masyarakat, kita harus saling menjaga dan membantu antara satu sama lain. Jika bukan kita, siapa lagi?"

- Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >