Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif CDC, NTUC suntik nafas baru kepada rumah warga emas

73 kediaman warga emas, keluarga berpendapatan rendah dibersihkan 'Projek Refresh'
May 07, 2023 | 05:30 AM



PASANGAN warga emas, Cik Lehar Ali, 75 tahun, dan Encik Mohd Shariffudin Mohammed, 71 tahun, sudah lama mengidamkan rumah mereka agar dicat semula.



Tetapi apakan daya, keadaan kewangan yang sempit memaksa pasangan itu menyekat perbelanjaan mereka untuk mengutamakan keperluan penting sahaja lantas menolak keinginan untuk mengecat rumah memandangkan ia menelan kos tinggi.



Mengecat rumah mereka sendiri pula merupakan suatu di luar kemampuan pasangan yang sudah tidak kuat itu kerana Cik Lehar mengalami penyakit kronik seperti masalah jantung dan darah tinggi sementara Encik Shariffudin menanggung derita keadaan vertigo - seolah-olah keadaan sekelilingnya berpusing.



Namun, senyuman terukir di wajah pasangan itu pada Sabtu apabila rumah mereka diberi nafas baru sedang para relawan bergotong-royong mengecat dan membersihkan rumah sewa sebilik mereka.



Rumah mereka merupakan antara 73 unit di daerah timur laut yang disuntik kesegaran dan dibersihkan di bawah 'Projek Refresh', inisiatif dipacu masyarakat yang bertujuan memperbaiki sekitaran kehidupan warga emas serta keluarga berpendapatan rendah.



Ketika ditemui Berita Minggu (BM), Encik Shariffudin berkata:



"Saya cuma boleh buat kerja bersih rumah yang ringan-ringan sahaja... kalau terlalu banyak atau perlu dongak saya akan rasa mabuk."



Beliau meluahkan kesyukuran dan rasa gembira ada relawan yang sedia turun padang membantu menjadikan rumahnya lebih bersih.



Cik Lehar menambah:



"Ia rasa seolah-olah macam rumah baru pindah!"



Anjuran bersama Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East dan Young NTUC, 'Projek Refresh' itu melibatkan 500 relawan dan turut menyediakan pek penjagaan yang diagihkan kepada penerima bantuan.



Malah, seramai lebih 72 warga emas dapat memotong rambut dan kuku secara percuma.



Antara relawan yang menyertai usaha 'Projek Refresh' ialah pengarah operasi berusia 45 tahun, Cik Shafrina Harman.



Ibu tiga anak itu berkata golongan warga emas terutamanya mendapati ia sukar bergerak, justeru beliau berharap dapat menghulurkan bantuan kepada mereka di luar lingkungan keluarganya.



"Saya berharap dapat menyuntik sedikit keceriaan dalam kehidupan mereka... demi kesihatan mental mereka, sekiranya rumah bersih, rumah cantik, ia adalah baik buat mereka," katanya.



Pada Sabtu, Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, Encik Desmond Choo, telah turun padang untuk melihat kegiatan yang dijalankan inisiatif itu serta bertemu relawan mahupun penerima bantuan.



'Projek Refresh', katanya lebih daripada sekadar kegiatan sukarelawanan yang berlaku sekali sahaja. Ia merupakan wadah yang membawa bersama relawan dan rakan agar bekerjasama dan menangani cabaran yang dihadapi penduduk yang mungkin ketinggalan.



"Dengan menyatukan orang ramai dengan objektif bersama, 'Projek Refresh' boleh mendorong perubahan positif dengan kesan yang berpanjangan. Inilah keindahan 'Projek Refresh'; ia bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk memerlukan tetapi juga memperkukuh kompak sosial Singapura," katanya.




"Dengan menyatukan orang ramai dengan objektif bersama, 'Projek Refresh' boleh mendorong perubahan positif dengan kesan yang berpanjangan. Inilah keindahan 'Projek Refresh'; ia bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk memerlukan tetapi juga memperkukuh kompak sosial Singapura."
- Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, Encik Desmond Choo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >