Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif latih belia urus e-dagang kedai kejiranan

Antara tugas termasuk bangun akaun e-dagang, urus pesanan
Jan 10, 2022 | 05:30 AM



DENGAN Singapura giat bergerak ke arah pendigitalan, pemilik kedai di kawasan kejiranan kini boleh mendapatkan bantuan golongan belia untuk membangun dan mengurus e-dagang bagi perniagaan mereka.



Di bawah inisiatif iShop@Heartlands yang dicadang dan dibiayai Dana Pembangunan Warga Institut Pengurusan Singapura (SIMPDF), para belia dilatih dan diberikan gaji program kerja sambil belajar untuk menjalankan tugas e-dagang bagi pihak pemilik kedai.



Antara tugas itu termasuk membangunkan akaun e-dagang, pemasaran, mengurus pesanan, inventori dan kewangan, menyelaras penghantaran dan mengkaji data untuk menjejak prestasi perniagaan.



Program kerja sambil belajar itu adalah selama enam bulan dan boleh dilanjutkan hingga setahun.



iShop@Heartlands, usaha yang dimulakan di kawasan kejiranan Boon Lay, adalah kerjasama antara Persatuan Pedagang Boon Lay, pertubuhan masyarakat belia, Belanja Singapore, dan Pusat Perniagaan Kejiranan Singapura (HECS).



Projek perintis selama setahun itu dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, di Pusat Beli-Belah Boon Lay semalam.



"Ia adalah hubungan yang menguntungkan kedua-dua pihak," katanya, yang juga merupakan Anggota Parlimen GRC West Coast.



"Pelajar pelatih muda kita - yang merupakan pengguna teknologi digital, atau 'digital native' - boleh berkongsi bersama peniaga pengalaman mereka menggunakan ruang digital.



"Sementara itu, peniaga dapat berkongsi dengan golongan belia ini pengalaman pasang surut perniagaan mereka dan cara menguruskannya."



Encik Lee menambah bahawa Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tidak lama lagi akan mengadakan latihan penglibatan awam untuk mengkaji cara untuk membantu menghidupkan semula kedai-kedai di kawasan kejiranan supaya ia kekal bersemangat dan relevan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang semakin berkembang.



Dengan adanya usaha iShop@Heartlands ini, pengerusi Lembaga Pengarah SIMPDF, Cik Lim Hwee Hua, berharap penduduk akan memberi lebih sokongan kepada perniagaan di kawasan kejiranan.



"Kami berharap penduduk Boon Lay juga akan memberi sokongan kepada peruncit kejiranan mereka yang mungkin tidak boleh bersaing dengan peruncit lebih terkemuka lain dari aspek harga, tapi dapat menggantinya dengan sifat ramah dan khidmat penghantaran yang lebih pantas mereka," kata beliau.



Buat masa ini, inisiatif iShop@Heartlands disertai empat perniagaan di Pusat Beli-Belah Boon Lay dan menggembleng tenaga lima pelajar pelatih menerusi Belanja Singapura.



Majoriti belia yang terlibat dalam usaha ini adalah penduduk Boon Lay. Antara mereka ialah Encik Gordon Neo, 25 tahun.



"E-dagang sudah biasa digunakan di sini tapi semasa pandemik, saya melihat banyak perniagaan kecil ketinggalan. Kebanyakan mereka bukan tidak mahu belajar tapi tidak tahu bagaimana caranya atau mempunyai sesiapa untuk ajar mereka... Jadi, saya fikir ia adalah peluang baik untuk saya menyumbang kembali kepada masyarakat," kata pelajar tahun akhir jurusan Perdagangan Antarabangsa di Universiti Buffalo, Pendidikan Global SIM.



Inisiatif itu menyasarkan untuk mendapat penyertaan 10 daripada 107 kedai di Pusat Beli-Belah Boon Lay. Jika ia berjaya dilaksanakan, terdapat rancangan untuk memperluaskannya ke kawasan kejiranan lain.




"Ia adalah hubungan yang menguntungkan kedua-dua pihak.



Pelajar pelatih muda kita - yang merupakan pengguna teknologi digital, atau 'digital native' - boleh berkongsi bersama peniaga pengalaman mereka menggunakan ruang digital.



Sementara itu, peniaga dapat berkongsi dengan golongan belia ini pengalaman pasang surut perniagaan mereka dan cara menguruskannya."
- Menteri Pembangunan Negara, yang juga Anggota Parlimen GRC West Coast, Encik Desmond Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >