Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif perintis diberi nafas baru bantu golongan susah di Marsiling

May 22, 2022 | 05:30 AM



PROJEK perintis masyarakat yang diterajui penduduk yang terletak di flat koridor Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Blok 185A Marsiling telah mendapat nafas baru apabila dapat berpindah ke bilik stor baru yang lebih luas di kolong blok yang disediakan oleh masyarakat.



Dinamakan Blessing Booth, inisiatif itu menyediakan pakaian dan barangan keperluan untuk golongan yang lebih memerlukan.



Salah seorang penyokong projek perintis itu ialah Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



"Apabila inisiatif ini bermula, saya puji akan matlamatnya. Namun, perkembangan inisiatif itu telah menghalang jalan kepada jiran yang lain.



"Justeru, kami menghulurkan bantuan untuk memindahkan barangan-barangan itu ke bilik stor yang baru," ujar Encik Zaqy, yang juga merupakan Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee.



"Saya gembira Majlis Bandaran dan Rangkaian Penduduk telah mencapai penyelesaian yang baik untuk semua. Inisiatif itu kini ada tempat yang baru untuk menyimpan barangan dan dapat diteruskan untuk berkhidmat kepada masyarakat," tambah Encik Zaqy.



Pengasas Blessing Booth, Cik Fitri Azura Selamat, 30 tahun, telah memulakan inisiatifnya itu sejak September 2021.



Koridor mereka diubah menjadi sebuah 'gerai' - dengan pakaian, barangan dapur, beg, mainan dan buku untuk kanak-kanak.



Semua barangan itu tersusun rapi di meja serta rak-rak yang dipasang, dan mereka yang kurang bernasib baik boleh mengambil apa sahaja yang tersedia secara percuma.



Golongan susah datang ke depan pintu rumah mereka di Woodlands semata-mata untuk mendapatkan barang keperluan harian.



Tanpa disangka, niatnya yang murni untuk menghulurkan bantuan kepada orang lain juga turut disertai dengan ramai lagi penduduk lain yang ingin membantu.



Justeru itu, barangan yang dikumpulkan semakin bertambah dan boleh menjadi punca kebakaran.



Sokongan Encik Zaqy datang sejurus selepas insiden baru-baru ini, di mana keluarga di Blok 180C di Marsiling terjejas akibat kebakaran dan kehilangan kebanyakan harta benda mereka.



Menyusuli kebakaran itu, rangkaian akar umbi menghubungi keluarga mangsa kebakaran dengan bantuan oleh Blessing Booth, yang kemudiannya menyediakan pakaian untuk mereka.



Kini, relawan Blessing Booth, yang terdiri daripada empat jiran Cik Fitri, akan bekerja rapat untuk menguruskan stor baru mereka itu.



"Pemindahan ke bilik stor baru ini sesuatu yang sangat saya hargai.



"Usaha masyarakat membantu sesama lain ini sangat mengagumkan, terutamanya dengan ruang bilik stor baru," kata Cik Fitri.



Mengulas lebih akan perintis dan pemindahan Blessing Booth, Encik Zaqy berkata:



"Saya gembira... masyarakat mendapat manfaat daripada inisiatif kebaikan ini. Secara kolektif, penduduk Marsiling dapat bersatu untuk membuat perubahan dan memberikan hasil yang baik untuk masyarakat."




"Saya gembira Majlis Bandaran dan Rangkaian Penduduk telah mencapai penyelesaian yang baik untuk semua. Inisiatif itu kini ada tempat yang baru untuk menyimpan barangan dan dapat diteruskan untuk berkhidmat kepada masyarakat."
- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), dan Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >