Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN 2023

Inisiatif perumahan bantu golongan muda beli rumah

Geran lebih tinggi bagi flat jualan semula, undian tambahan beli BTO
Feb 16, 2023 | 05:30 AM



BANTUAN perumahan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 pada Selasa akan memudahkan golongan muda mendapat flat jualan semula dan juga Bina Ikut Tempahan (BTO) pada harga yang lebih dimampui.



Ini setelah terdapat keprihatinan mengenai kenaikan harga flat bagi pasangan muda yang ingin membeli rumah pertama mereka, menurut Anggota Parlimen (AP) dan pengamat hartanah.



Pembeli flat jualan semula akan mendapat geran lebih tinggi, dengan geran perumahan dinaikkan sebanyak $30,000 untuk keluarga yang membeli empat bilik atau lebih kecil dan sebanyak $10,000 bagi yang membeli flat lima bilik atau lebih besar.



Undian tambahan bagi flat BTO akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak dan pasangan muda yang berkahwin berumur 40 tahun dan ke bawah yang membeli rumah pertama mereka.



"Dengan adanya bantuan yang menukar sedikit kaedah mengundi untuk mendapatkan rumah BTO, ia memberi tumpuan khusus kepada golongan muda, keluarga ibu bapa yang ingin mendapatkan rumah terdahulu sebelum mereka mendirikan rumah tangga.



"Dan ini satu isu yang kami ketengahkan di Parlimen, bagaimana kaedah mendapatkan BTO itu harus diperhalusi agar golongan keluarga ini akan dapat lebih banyak peluang untuk dapatkan rumah dan justeru membolehkan mereka membina keluarga dalam perumahan yang sesuai,'' kata Anggota Parlimen (GRC Chua Chu Kang), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.



Pengarah Kanan Penyelidikan Huttons Asia, Encik Lee Sze Teck berkata pembeli kali pertama mungkin mempunyai keperluan mendesak untuk mendapatkan flat dan tidak boleh menunggu flat BTO untuk siap.



"Langkah baru itu mungkin mengalihkan sedikit permintaan daripada pasaran BTO kepada pasaran jualan semula yang mungkin membawa kepada peningkatan dalam jumlah urus niaga antara 26,000 dengan 28,000 daripada unjuran awal sebanyak 24,000 hingga 26,000.



"Namun, ini mungkin membawa kepada peningkatan dalam harga jualan semula yang mungkin meningkat kepada antara 8 peratus dengan 10 peratus," ujar beliau.



Ketua Penyelidikan dan Perundingan ERA Realty, Encik Nicholas Mak berkata kenaikan geran perumahan boleh meningkatkan bajet perumahan bagi pembeli tertentu, menjadikan mereka bersedia membayar lebih untuk mendapatkan flat jualan semula.



"Pada masa yang sama, ini juga boleh membawa kepada beberapa penjual menaikkan harga flat jualan semula dan ini akan menyebabkan tekanan ke atas bagi harga flat jualan semula," kata beliau.



Encik Ismail Gafoor, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex pula menyatakan bahawa sebilangan kecil pemilik flat yang mempunyai daya tarikan yang tinggi mungkin akan menaikkan harga flat mereka.



Tetapi, penjual sedemikian menghadapi risiko tidak mempunyai pembeli akibat menetapkan harga yang terlalu mahal daripada pasaran kerana kebanyakan pembeli masih mementingkan harga.



Para penganalisis turut bersetuju bahawa geran Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG) itu akan membuat perumahan lebih mampu dimiliki dan meringankan kebimbangan pasangan muda yang memerlukan perumahan segera.



"Indeks Harga Flat Jualan Semula HDB telah meningkat sebanyak hampir 31 peratus antara suku pertama 2020 dengan suku keempat 2022.



"Kami rasa ini langkah yang tepat pada masa dan kenaikan besar dalam geran EHG akan membantu pembeli flat menguruskan kos flat jualan semula dengan menurunkan bayaran pendahuluan mereka atau menurunkan jumlah pinjaman yang diperlukan," kata Encik Ismail.



Bagi Cik Nurzura Zaine, 27 tahun, guru prasekolah, beliau amat mengalu-alukan pengumuman geran yang lebih tinggi itu terutama sekali kerana keinginan beliau untuk mempunyai tempat tinggal tanpa menunggu masa yang panjang.



Menurut beliau yang akan bernikah bulan hadapan, dengan kos sara hidup yang kian meningkat dan harga flat jualan semula yang turut meningkat, ia agak sukar bagi pasangan muda untuk membeli rumah tanpa geran sedemikian.



Dengan peningkatan dalam Geran Perumahan CPF, ia membantu kami untuk menghadapi kos yang tinggi untuk membeli rumah.



"Ia juga dapat meluaskan pilihan perumahan kami membolehkan kita memiliki rumah dan mendirikan rumah tangga dengan lebih cepat lagi," ujar beliau yang tidak berjaya dalam permohonannya untuk BTO dan permohonannya sebanyak tiga kali bagi skim Jualan Baki Flat (SBF).



SUSULAN BELANJAWAN 2023 "Dengan adanya bantuan yang menukar sedikit kaedah mengundi untuk mendapatkan rumah BTO



(Bina Ikut Tempahan), ia memberi tumpuan khusus kepada golongan muda, keluarga ibu bapa yang



ingin mendapatkan rumah terdahulu sebelum mereka mendirikan rumah tangga.



Dan ini satu isu yang kami ketengahkan di Parlimen, bagaimana kaedah mendapatkan BTO itu harus diperhalusi agar



golongan keluarga ini akan dapat lebih banyak peluang untuk dapatkan rumah dan justeru membolehkan mereka membina keluarga dalam perumahan yang sesuai."



- Anggota Parlimen (GRC Chua



Chu Kang) Encik Zhulkarnain



Abdul Rahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >