Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif Saham Kesihatan galak masyarakat amal gaya hidup sihat

Mar 13, 2023 | 05:30 AM



SEBANYAK 13 rakan kongsi daripada M Kuasa Tiga (M³)@Bandar dan pertubuhan Melayu/Islam (MMO) akan menyertai Saham Kesihatan, sebuah inisiatif kesihatan untuk menggalakkan masyarakat Melayu/Islam mengamalkan gaya hidup sihat.



Rakan kongsi tersebut akan membentuk kumpulan berkepentingan yang diterajui masyarakat untuk mereka bentuk aktiviti tersendiri, berdasarkan demografi yang mereka mahu mendekati.



Ini diumumkan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang juga Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli, di Pesta Keluarga Saham Kesihatan M³ pada Ahad di Our Tampines Hub.



Ketua Kesihatan untuk M³@Marsiling-Yew Tee, Dr Faisal Johandi, berkata sebagai rakan kongsi, bandar M³ itu akan melancarkan program sesuai untuk penduduk Marsiling-Yew Tee dalam masa terdekat.



Dipanggil 'Gaya Hidup Sihat Marsiling-Yew Tee', program itu merangkumi rangka kerja Saham Kesihatan.



Program itu akan berlangsung selama 12 minggu dan akan merangkumi aktiviti fizikal dan pelajaran tentang gaya hidup sihat.



Penduduk juga akan belajar bagaimana untuk menetapkan matlamat dan mengenal pasti halangan untuk mencapai gaya hidup sihat.



"Mereka yang telah menamatkan program selama 12 minggu itu akan digelar 'Pewira Gaya Hidup Sihat' dan mereka digalakkan untuk meneruskan kitaran seterusnya sebagai pemimpin atau mentor.



"Ini kerana kami mahu mewujudkan sebuah masyarakat yang menunjukkan sokongan ke arah kehidupan sihat dalam Marsiling-Yew Tee.



"Dengan rangka kerja Saham Kesihatan sebagai panduan, dan sumber dan sokongan yang tersedia daripada Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), kami berharap dapat mewujudkan budaya hidup sihat di mana peserta bermotivasi untuk menghasilkan aktiviti dan program baru pada masa hadapan," kata Dr Faisal.



Beliau juga berkongsi bahawa setiap M³@Bandar dapat mengenal pasti aktiviti yang diminati para penduduk.



"Kami mempunyai rangkaian sukarelawan daripada pelbagai jawatankuasa dalam Persatuan Rakyat (PA), terutama sekali, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC).



"Mereka dapat mendekati penduduk dengan lebih rapat dan dengan maklum balas mereka, kami dapat mengenal pasti apa yang setiap M³@Bandar perlukan, apa yang penduduk mahu lakukan, dan apa yang mereka tidak mahu lakukan.



"Dengan pengetahuan ini, dan menghargai keunikan setiap M³@Bandar, kami kemudian boleh bekerjasama dengan organisasi seperti HPB untuk menghasilkan program tersendiri bagi memenuhi keperluan penduduk kami," tambah Dr Faisal.



Sementara itu, Mendaki, yang merupakan satu lagi rakan kongsi Saham Kesihatan, berharap dapat terus menggalakkan kakitangannya mengamalkan tabiat sihat dan ikatan yang lebih kuat melalui aktiviti yang menyeronokkan.



Pengurus Kanan untuk jabatan 'Perform in School' di Mendaki, Cik Aadilah Aidid, berkata organisasi itu bekerjasama rapat dengan HPB untuk membangunkan program hidup sihat yang lebih disesuaikan untuk kakitangannya dengan menggabungkan pelbagai aktiviti merentas kumpulan umur dan jantina.



"Selepas mendapat maklum balas dari kakitangan berdasarkan minat mereka, kami membuat perancangan untuk menganjurkan pelbagai akitiviti-aktiviti.



"Selain berdasarkan minat mereka, kami juga menganjurkan aktiviti berdasarkan demografik mereka.



"Contohnya, kaum lelaki lebih suka main futsal, manakala kaum wanita lebih minat Zumba.



"Bagi warga yang lebih berumur, mereka lebih bersuka berjalan pantas. Kami juga terletak berdekatan Taman East Coast jadi kami menganjurkan aktiviti berjalan pantas setiap minggu," jelas Cik Aadilah.



Sejak Januari tahun ini, Mendaki telah menganjurkan aktiviti fizikal mingguan seperti berjalan pantas, futsal, dan Zumba dengan hampir 100 kakitangan menyertai setiap bulan.



"Kami akan terus bekerja rapat dengan HPB untuk mendapatkan pelatih dan individu-individu yang mahir dalam aktiviti-aktiviti yang Mendaki telah menganjurkan," tambah Cik Aadilah.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >