PELANGGAN kini boleh membeli lebih banyak sayur-sayuran tempatan di beberapa cawangan pasar raya NTUC FairPrice di sini.
Agensi Makanan Singapura (SFA) telah bekerjasama dengan FairPrice untuk melancarkan Inisiatif Inkubasi Runcit, yang memberi peluang kepada ladang tempatan terpilih menjual hasil sayur-sayuran mereka di pasar raya FairPrice.
Empat ladang sayur tempatan kini menjual hasil sayur-sayuran mereka di sembilan pasar raya FairPrice di bawah program perintis, yang membolehkan peladang dibimbing dalam memasuki pasaran runcit.
Program perintis sepanjang enam bulan itu, yang bermula Julai lalu, diumumkan Menteri Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Cik Grace Fu, semasa pelancaran pameran Buatan Singapore FairPrice edisi ke-11 pada Jumaat (28 Okt).
Semasa ucapannya di cawangan FairPrice di Our Tampines Hub (OTH), Cik Fu berkata keselamatan makanan adalah isu semasa yang dihadapi banyak negara.
“Sebagai sebuah negara yang mengimport lebih 90 peratus makanan kita, Singapura terutamanya terdedah kepada gangguan bekalan. Inilah sebabnya kami mengamalkan strategi yang pelbagai untuk keselamatan makanan.
“Usaha ini untuk mempelbagaikan sumber import, serta berkembang di dalam dan luar negara,” jelasnya.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Inisiatif SFA, FairPrice jual sayuran hasil ladang S’pura
Oct 28, 2022 | 09:00 PM