Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inovasi kunci dunia bangkit dari Covid-19: DPM Heng

Pandemik jejas kehidupan, ekonomi tapi inovasi yang dijalankan di universiti, institusi penyelidikan bawa harapan
Mar 20, 2021 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 telah menjejas kehidupan dan mata pencarian, namun ia juga telah mendorong pelbagai inovasi, dengan universiti dan institusi penyelidikan menjadi tempat inovasi yang memberikan harapan, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Encik Heng berkata keupayaan menyesuaikan diri dan berinovasi akan menjadi penting untuk membolehkan dunia mengatasi virus ini dan bangkit lebih kukuh dalam era pasca-Covid-19.



"Covid-19 telah melanda dunia… Namun, Covid-19 juga telah mendorong banyak inovasi sedang masyarakat di seluruh dunia melawan untuk membendung penularannya, dan cuba menyesuaikan diri dan mengembalikan beberapa keadaan normal dalam pekerjaan dan kehidupan harian kita.



"Laluan menuju pemulihan ekonomi mudah terjejas. Banyak bergantung pada seberapa baik dunia dapat membendung virus ini. Namun, seperti saintis komputer Alan Kay pernah berkata, 'Cara terbaik meramal masa depan adalah dengan menciptanya'," kata beliau, yang juga Menteri Kewangan.



Encik Heng berkata demikian ketika berucap di Pertandingan Pelan Perniagaan Sejagat Lee Kuan Yew anjuran Institut Inovasi dan Keusahawanan (IIE) Universiti Pengurusan Singapura (SMU) semalam.



Bertajuk Blaze, pertandingan yang memberi tumpuan pada inovasi dan huraian bandar dicipta pelajar dan start-up peringkat awal itu telah menarik lebih 850 peserta dari 650 universiti di 60 negara.



Tema bagi edisi ke-10 pertandingan antarabangsa dwitahunan itu ialah Memikirkan Semula Bandar Bijak, Mampan dan Berdaya Tahan.



Encik Heng berkata beberapa peserta akhir pertandingan itu telah menyertai syarikat accelerator berprestij, seperti Y-Combinator, yang telah membiayai syarikat dengan nilai gabungan lebih AS$300 bilion ($402 bilion).



Beliau memberi contoh pemenang kategori pada 2017, Cambridge Cancer Genomics, yang telah menyertai Y-Combinator dan sejak itu telah dimasukkan dalam accelerator syarikat farmaseutikal Merck.



Cambridge Cancer Genomics membina sofwe untuk memilih rawatan barah yang sesuai berdasarkan sampel darah, sekali gus mempercepatkan rawatan bagi pesakit, di mana ramai yang menghadapi tangguhan rawatan disebabkan Covid-19 tahun lalu.



Dalam pada itu, Presiden SMU, Profesor Lily Kong, dalam ucapannya pula mengumumkan pelancaran Changemakers Conversations - sebuah siri sesi alam maya bagi pelajar, ketua pemikir, pakar industri dan start-up teknologi bertukar-tukar pandangan berkaitan tema norma baru, kemampanan bandar dan pertumbuhan di Asia.



Turut dilancarkan ialah VC Office Hours, yang mengumpulkan lebih 30 penyedia modal untuk menyediakan konsultasi kepada start-up.



Encik Heng berkata inovasi sangat penting bagi Singapura - sebuah negara tanpa sumber semula jadi - untuk tumbuh dan membangunkan ekonomi dan memperkukuh fabrik sosial.



"Dalam fasa pembangunan seterusnya, kami akan memberikan tumpuan lebih besar pada inovasi dan kerjasama. Kami mengalu-alukan anda untuk bekerjasama dengan perniagaan dan penyelidik kita, dan untuk mengunjungi Singapura dan meneroka peluang apabila keadaan mengizinkan," kata beliau dalam acara tersebut yang dihadiri peserta dari seluruh dunia secara maya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >