Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Insentif untuk majikan buat penyesuaian bagi pekerja hadapi isu mental

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS) sedang merintis sebuah Geran Sokongan Majikan untuk memberi insentif kepada majikan bagi melaksana penyesuaian di tempat kerja bagi pekerja mereka yang menghadapi isu kesihatan mental, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang.



Pemerintah akan mengkaji keberkesanan usaha perintis itu dan membangunkan rancangan lanjut bagi menyokong pekerja mengalami isu kesihatan mental, tambahnya semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya di Parlimen semalam.



Dalam pada itu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan bekerjasama dengan anggota Pasukan Bertindak Silang Agensi mengenai Kesihatan dan Kesejahteraan Mental untuk memperkukuh ekosistem, dengan pemerintah mendekati pihak berkepentingan dan orang awam mendapatkan pandangan mereka.



Cik Gan berkata ada permintaan semakin meningkat bagi sokongan untuk pekerja mengalami isu kesihatan mental, termasuk keperluan memperkukuh sokongan pekerjaan bagi individu sedemikian agar mereka tidak dikecualikan daripada pekerjaan.



Menurut kajian kesihatan mental terkini Singapura, satu daripada tujuh orang di sini pernah mengalami isu kesihatan mental sepanjang hayat mereka.



"Individu mempunyai isu kesihatan mental mungkin memerlukan fleksibiliti dalam jadual kerja mereka untuk meneruskan terapi atau kaunseling, sambil kekal bekerja. Bagi yang terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka sebelum ini, atau berehat lebih lama daripada pekerjaan, mereka mungkin memerlukan bantuan berkaitan proses mencari kerja," kata Cik Gan.




"Individu mempunyai isu kesihatan mental mungkin memerlukan fleksibiliti dalam jadual kerja mereka untuk meneruskan terapi atau kaunseling, sambil kekal bekerja. Bagi yang terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka sebelum ini, atau berehat lebih lama daripada pekerjaan, mereka mungkin memerlukan bantuan berkaitan proses mencari kerja."
- Menteri Negara (Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >