Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Institut penyelidikan baru kaji kesihatan ibu, anak di SG

Masagos: Institut berupaya bangunkan kerjasama pakar untuk terjemah penyelidikan menjadi amalan klinikal bagi ibu, anak
Oct 09, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH institut penyelidikan baru telah ditubuhkan untuk memperbaiki kesihatan keibuan dan kanak-kanak di sini.



Institut itu akan menjalankan penyelidikan dalam bidang utama seperti jagaan pesakit, inovasi dan strategi digital bagi menangani isu penting yang menjejas wanita dan kanak-kanak.



Ia bertujuan memperkukuh kesihatan pembiakan (reproductive), metabolik dan mental, pembangunan kognitif serta rawatan bagi barah dan penyakit kritikal.



Institut Penyelidikan Kesihatan Keibuan dan Kanak-Kanak SingHealth Duke-NUS (MCHRI) itu, yang akan memanfaatkan kepakaran tenaga kerja Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), akan juga memupuk segolongan penyelidik selain menjalin kerjasama utama.



Semasa pelancaran institut itu di KKH semalam, Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akur akan kepentingan menterjemah pengetahuan penyelidikan tempatan kepada campur tangan berkesan.



"MCHRI boleh membantu memperkukuh dan membangunkan ekosistem bersepadu untuk menawarkan sokongan menyeluruh bagi pasangan ibu dan anak.



"MCHRI berada di kedudukan baik untuk membangunkan masyarakat yang ingin bekerjasama - merangkumi penyelidik, ahli akademik, pengamal dan pembekal khidmat - untuk menterjemah penyelidikan kepada amalan klinikal bagi ibu dan anak," kata beliau, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.



Institut baru itu diwujudkan sempena ulang tahun ke-10 program klinikal akademik SingHealth dan Duke-NUS bagi pediatrik serta obstetrik dan sakit puan.



Kedua-duanya merupakan program latihan pakar terbesar dalam bidang ini di sini.



Bagi meraikan detik penting ini, MCHRI bekerjasama dengan Menarini Biomarkers Singapore (MBS), sebuah badan diagnostik Menarini Group dari Italy, untuk menubuhkan hab Asia bagi melanjutkan penyelidikan dan pembangunan bagi bioteknologi jagaan kesihatan dan diagnostic di rantau ini.



Ini merupakan hab pertama firma biofarmaseutikal Menarini di luar Eropah.



Semalam, MCHRI menandatangani sebuah memorandum persefahaman dengan MBS untuk mewujudkan hab perubatan serantau dan antarabangsa di Singapura bagi diagnostik bukan invasif untuk pranatal dan terapi tersasar.



Kerjasama tiga tahun itu akan melopori percubaan perubatan yang menggunakan sel, diagnosis pranatal bukan invasif.



Proses diagnosis yang dipertingkat menggunakan teknologi hak milik Menarini adalah bukan invasif dan membawa risiko dan ketidakselesaan rendah kepada wanita hamil.



Dengan tusukan jarum dan jumlah darah kecil daripada seorang wanita, kumpulan perubatan boleh mengenal pasti, mengasingkan dan menganalisis sel perseorangan dengan ketepatan tinggi.



Menggunakan biomarker ramalan, doktor boleh mengesan kelainan dalam sel janin yang berada dalam darah wanita.




"MCHRI berada di kedudukan baik untuk membangunkan masyarakat yang ingin bekerjasama - merangkumi penyelidik, ahli akademik, pengamal dan pembekal khidmat - untuk menterjemah penyelidikan kepada amalan klinikal bagi ibu dan anak."
- Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, mengalu-alu penubuhan Institut Penyelidikan Kesihatan Keibuan dan Kanak-Kanak SingHealth Duke-NUS (MCHRI).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >