Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Institut penyelidikan dilancar bagi pertingkat khidmat jagaan kesihatan

Aug 29, 2023 | 04:41 PM



Karyawan penjagaan utama – termasuk doktor keluarga, jururawat dan karyawan kesihatan bersekutu – akan berpeluang meraih kemahiran penyelidikan di luar tugas klinikal mereka bagi mempertingkat khidmat jagaan kesihatan yang disediakan.

Ini dapat dilakukan dengan kerjasama masyarakat awam dan juga pesakit menerusi Institut Penyelidikan Penjagaan Utama (PCRI) yang dilancarkan SingHealth Polyclinics (SHP) pada Selasa.

Institut itu merupakan wadah penyelidikan dan inovasi pertama dilancar di sini.

Ia bertujuan membolehkan karyawan penjagaan utama dari sektor awam dan swasta memperkukuh khidmat penjagaan yang disediakan, menurut kenyataan SHP.

PCRI melibatkan penyertaan aktif orang ramai dan pesakit, dengan suara dan perspektif mereka diperolehi dan disepadukan dalam proses penyelidikan demi memastikan hasilnya memberi manfaat kepada penjagaan kesihatan mereka.

Menurut SHP, tumpuan utama PCRI selaras dengan inisiatif nasional SG Lebih Sihat iaitu pencegahan dalam khidmat jagaan kesihatan.

“PCRI juga ingin mempertingkat keupayaan karyawan penjagaan utama (sektor) awam dan swasta dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perubatan dan juga di luar perubatan, seperti dalam bidang ekonomi kesihatan dan sains penguatkuasaan,” ujar satu kenyataan SHP.

Pelancaran PCRI dirasmikan Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, dalam satu acara di Poliklinik Punggol.

Semasa berucap di majlis itu, Dr Janil berkata PCRI mencerminkan kerjasama antara sektor awam dan swasta yang akan memainkan peranan dalam membentuk masa depan penyelidikan penjagaan utama di Singapura.

“Ia menekankan pentingnya penjagaan utama dalam sistem penjagaan kesihatan kita. Ia bertujuan menggabungkan penyelidikan berasaskan bukti dan huraian praktikal yang akan meninggalkan kesan positif secara langsung,” ujar beliau.

Menurutnya, PCRI akan meneroka model perkhidmatan penjagaan utama baru melalui penyelidikan yang relevan pada konteks Singapura.

Ini penting disebabkan ekosistem penjagaan kesihatan Singapura yang unik, yang dibentuk poliklinik dan klinik swasta serta cabaran penjagaan kesihatan yang dihadapi, termasuk warga yang semakin menua, ujar beliau.

PCRI juga berfungsi sebagai wadah kerjasama bagi mempertingkat kemahiran karyawan penjagaan. Mereka akan meraih manfaat melalui bengkel dan pembelajaran dalam talian yang memberi maklumat terkini mengenai bidang perubatan yang berasaskan bukti dan metodologi penyelidikan.

Dr Janil berkata PCRI antara usaha Kementerian Kesihatan (MOH) dan rakan kongsinya menggalak penyelidikan kolaboratif dalam teknologi penjagaan, pembentukan penjagaan, penambahbaikan proses dan pembangunan keupayaan.

“Saya yakin, kita dapat menyelaras dan membangunkan maklumat dan kepakaran kolektif dalam bidang penjagaan kesihatan.

“Dengan pemahaman menyeluruh mengenai isu kesihatan dalam konteks tempatan, kita boleh menyemak keberkesanan amalan sedia ada, mengubahnya atau membentuk amalan baru demi mempertingkat penjagaan pesakit,” kata beliau.

Bagi mendapatkan maklum balas langsung mengenai projek penyelidikan yang dijalankan, PCRI telah membentuk sebuah kumpulan pakar terdiri daripada pesakit dan penjaga yang dipanggil Duta Penyelidikan.

Anggota kumpulan itu telah menjalani latihan berstruktur kendalian SHP dan akan dirujuk dengan kerap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >