Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iras tidak hantar surat tentang 'pelaburan kripto'

Feb 19, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT beberapa laporan bulan ini mengenai surat mencurigakan yang kononnya dihantar Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) yang sedang diedarkan dalam kalangan individu yang telah melabur dalam sebuah wadah mata wang kripto.



Surat itu meminta pemegang akaun untuk membuat bayaran cukai kepada satu alamat pembayaran digital sebelum akaun itu boleh dibuka.



Mengeluarkan panduan semalam, Iras di laman webnya menasihati orang ramai agar tidak mempedulikan surat sebegitu kerana ia adalah satu penipuan.



"Iras tidak akan menghantar bil cukai kepada pembayar cukai menerusi e-mel atau meminta sebarang pembayaran cukai untuk membuka mana-mana akaun pelaburan," katanya.



Menurutnya, surat dan notis yang dikeluarkan Iras diletakkan dalam portal cukai di mytax.iras.gov.sg dan pembayar cukai boleh log masuk portal tersebut untuk mendapatkannya.



Untuk elak daripada ditipu, Iras menggariskan beberapa tip untuk mengenal pasti dokumen mencurigakan.



Pertama, dokumen itu dihantar menerusi akaun e-mel seperti Hotmail, Gmail atau domain e-mel lain yang tidak biasa didengar, yang selain alamat e-mel yang berakhir dengan '@iras.gov.sg'.



Kemudian, dokumen itu tidak diakhiri secara rasmi menggunakan nama dan jawatan pegawai Iras.



Ketiga, mesej itu menggunakan taktik menakutkan seperti mengeluarkan amaran dengan harapan dapat memberi tekanan kepada penerima untuk memberi respons cepat akibat perasaan takut.



Terakhir sekali, terdapat arahan untuk memindahkan bayaran cukai menerusi saluran pembayaran yang tidak biasa didengar seperti e-dompet mata wang kripto.



Iras berkata mereka yang telah terjejas oleh penipuan itu dinasihati agar membuat laporan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >