Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISD: Tiada risikan khusus mengenai ancaman pengganasan terhadap SG

Sep 16, 2021 | 05:30 AM



JABATAN Keselamatan Dalam Negeri (ISD) berkata semalam pihaknya tidak mempunyai perisikan khusus dan yang boleh dipercayai mengenai ancaman pengganas terhadap Singapura dalam masa terdekat ini.



Namun, agensi itu menggesa orang ramai untuk kekal berwaspada dan menghubungi ISD jika terdapat individu atau kegiatan meragukan.



Mereka boleh berbuat demikian menerusi talian hotline Antipengganasan ISD di 1800-2626-473 (1800-2626-ISD) atau lapor menerusi aplikasi SGSecure.



ISD berkata demikian dalam satu respons untuk menjawab pertanyaan media setelah kementerian luar Jepun mengeluarkan satu kenyataan baru-baru ini kepada warganya di Asia Tenggara, termasuk Singapura, yang memberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya serangan pengganas di tempat-tempat yang sesak.



ISD berkata ia telah menghubungi rakannya di Jepun.



"Mereka juga tidak mempunyai perisikan khusus," kata ISD.



Satu kenyataan di laman web kementerian luar Jepun Ahad lalu berkata terdapat "maklumat mengenai kemungkinan semakin meningkat" bahawa seorang pengebom nekad mungkin menyasarkan tempat-tempat di mana ramai orang berkumpul, seperti tempat ibadah, termasuk di Singapura.



Kenyataan itu berkata penduduk Jepun harus terus meningkatkan kewaspadaan mereka terhadap pengganasan dan mengambil langkah seperti memantau maklumat terkini dan mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan.



Sekiranya mereka mengunjungi tempat yang "mudah disasarkan oleh keganasan", seperti tempat pelancongan, keagamaan, "yang berkaitan dengan Barat", atau pemerintah, mereka harus memperhatikan suasana di keliling mereka, menurut kenyataan itu lagi.



Kenyataan serupa dihantarkan kepada warga Jepun di Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand dan Myanmar.



Agensi keselamatan di negara Asean yang lain juga telah memberi respons terhadap amaran tersebut.



Media Malaysia melaporkan kelmarin bahawa Menteri Pertahanan Malaysia Hishammuddin Hussein berkata kenyataan Kedutaan Jepun itu tidak berasas.



Polis nasional dan angkatan bersenjata Filipina berkata mereka belum menerima laporan kemungkinan serangan pengganas yang berkaitan dengan amaran Tokyo itu.



Jurucakap kementerian luar Thailand berkata kementerian luar Jepun tidak memetik sumber maklumat yang menyebabkannya untuk mengeluarkan amaran itu, dan tidak mendedahkan lokasi tepat di wilayah yang dimaksudkan dalam amaran itu, lapor Bangkok Post.



Dalam laman webnya, kementerian luar Jepun juga menasihatkan warga Jepun untuk "menghentikan perjalanan yang tidak perlu dan tidak mendesak" ke Singapura.



Mereka juga disarankan untuk tidak melakukan perjalanan ke kawasan lain di Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Thailand, untuk tujuan apa pun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >