Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Istana dibuka 28 Ogos dengan langkah keselamatan tambahan

Aug 20, 2021 | 05:30 AM



RUMAH Terbuka Istana akan diadakan pada 28 Ogos, tetapi pelawat hanya dibenarkan pergi ke taman dan kawasan luar lain.



Hanya mereka yang telah diberikan tiket akan dibenar masuk, kata Pejabat Presiden dalam satu kenyataan semalam.



Kenyataan itu berkata pelawat tidak dibenarkan memasuki bangunan atau tempat tertutup lain.



Istana akan melaksana pengurusan selamat tambahan, melebihi peruntukan sedia ada di taman awam.



Pelawat juga perlu sentiasa memakai pelitup.



Kegiatan yang memerlukan pelitup ditanggalkan, seperti senaman, makan dan minum, tidak dibenarkan.



Tiada persembahan, lawatan berpandu serta pondok atau trak makanan dibenarkan di pekarangan Istana.



Duta jarak selamat, kakitangan dan relawan Istana akan dikerahkan untuk memastikan pelawat mematuhi langkah pengurusan selamat, kata kenyataan itu.



"Pemilik tiket diingatkan supaya mematuhi slot tempoh lawatan yang diberikan kepada mereka," kata kenyataan itu lagi.



Pada awalnya, rumah terbuka Istana dijadual pada 1 Ogos, tetapi ia ditangguh selepas langkah pengurusan selamat diperketat.



Acara itu bertujuan menyambut Hari Kebangsaan, dan tetamu yang telah diberi tiket bagi rumah terbuka yang dijadual pada 13 Mei diundang semula bagi rumah terbuka kali ini.



Acara pada Mei itu, yang bertujuan memperingati Hari Pekerja dan Hari Raya Aidilfitri, dibatalkan apabila bilangan kes Covid-19 dalam masyarakat menngkat.



Pekarangan Istana ditutup kepada awam sejak Februari tahun lalu akibat pandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >