Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Istana lancar buku sempena ulang tahun ke-150

Jul 28, 2019 | 02:41 PM



SEMPENA sambutan ulang tahun Istana ke-150, Presiden Halimah Yacob melancarkan siri baru buku sempena Rumah Terbuka Istana Hari Kebangsaan yang berlangsung hari ini.



Bertajuk '150 Rahsia Terbaik Yang Disimpan Tentang Istana' (150 Best Kept Secrets of the Istana), setiap dari tiga buku dalam siri itu mengandungi 50 fakta yang kurang diketahui mengenai Istana dan memperkenalkan pembaca kepada proses di sebalik tabir acara negara di Istana.



Ketiga-tiga buku itu dikomisyen oleh Pejabat Istana.



Berucap kepada media setelah pelancaran buku itu, Puan Halimah berkata: 

“Kami juga telah menghasilkan buku in dalam edisi berkulit lembut (paperback), supaya ia boleh dimampui dan mudah diakses. Dengan cara ini, lebih ramai warga Singapura boleh lebih mengenali Istana, yang merupakan sebahagian penting dalam memori kolektif serta identiti kita sebagai satu negara.



“Yang penting... reka bentuk buku tersebut telah dilukis oleh anak-anak daripada Club Rainbow dan saya rasa itu sesuatu yang menggalakkan kerana kita beri peluang kepada mereka untuk tunjukkan bakat mereka.”



Pengunjung yang ke Rumah Terbuka Istana kini boleh mendapatkan satu salinan setiap buku tatkala membuat derma $15 kepada Cabaran Presiden.

Buku itu juga boleh dibeli dari kedai buku setempat pada harga $15 mulai esok (Isnin, 29 Julai).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >