Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isteri Menteri Kanan Teo Chee Hean, pengasas badan kebajikan angin ahmar, meninggal dunia pada usia 67 tahun

Nov 03, 2021 | 11:31 AM



 





CIK Chew Poh Yim, pengasas badan kebajikan sokongan bagi pesakit angin ahmar, pemimpin di NTUC Fairprice dan isteri Menteri Kanan Teo Chee Hean telah meninggal dunia pada Ahad (31 Oktober).



Cik Chew, 67 tahun, memulakan Stesen Sokongan Angin Ahmar (S3) pada 2015, satu usaha yang dimulakan relawan untuk memberi sokongan kepada mangsa angin ahmar dan penjaga mereka.



Anggota Parlimen (MP) GRC Marine Parade dan ketua eksekutif kumpulan FairPrice, Encik Seah Kian Peng memberitahu The Straits Times beliau amat menghargai jalinan persahabatan dengan Cik Chew. 



“Saya mengenali Poh Yim dalam dua peranan. Beliau adalah isteri kepada Encik Teo Chee Hean yang sentiasa penyayang dan  memikirkan orang lain. Kami juga rakan kerja di NTUC FairPrice bagi tempoh hampir 10 tahun di mana kami bekerjasama rapat.



“Dalam beberapa peranan yang didukungnya, beliau sentiasa memikirkan pertubuhan, kakitangan dan pelanggan. Dari masa ke masa, kami juga akan bertukar pandangan mengenai beberapa perkara dan isu semasa,’ ujar Encik Seah lagi, yang turut menyifatkan Cik Chew sebagai rakan kerja yang jujur, berpandang ke hadapan dan berfikiran  jelas. 



“Beliau tegas tetapi adil. Saya mendapati mudah untuk berbual dengannya dan menghargai pandangan yang dikongsinya… Kami semua akan merinduinya.”



Upacara pengebumian bagi keluarga telah diadakan pada Selasa. Cik Chew meninggalkan Encik Teo, dua anak dan seorang cucu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >