BELIAU bertekad untuk mendermakan ginjal kepada suami, Encik Mohamad Tahar Juma’at, sebaik mengetahui keadaan sangat serius yang dihadapi pasangan hidupnya itu.
“Bagi saya, daripada mula lagi bila doktor cakap, ada dua pilihan sama ada dialisis atau menderma organ. Saya terus beritahu, saya pilih untuk derma ginjal.
“Pada masa tu belum tahu risikonya semua tetapi saya tekad untuk berikan ginjal saya supaya dia lebih aktif balik, boleh teruskan dengan kerja-kerja amal dia, dan boleh hidup macam dululah, masa kita masih sihat, bekerja, berjalan, mengembara, semua...,” cerita Cik Rosmawati Moenir, 52 tahun, semasa diwawancara Berita Harian (BH) di kediaman mereka di Punggol Place, baru-baru ini.
“Selepas dah tahu lebih lanjut tentang risiko-risikonya, saya tetap memutuskan untuk mendermakan ginjal saya. Ini kerana risikonya adalah kecil, dalam 1 peratus atau di bawah 5 peratus. Jadi saya ambil risiko tu.
“Antara risiko kepada suami itu ialah, mengalami penyakit barah atau kegagalan buah pinggang.
“Sekiranya berlaku komplikasi ke atas suami saya, ginjal yang saya derma itu akan dikembalikan kepada saya,” ujar bekas kakitangan badan berkanun yang tidak bekerja sejak 2016 kerana perlu menjaga suaminya sepenuh masa.
Baca laporan pengorbanan si isteri di akhbar Berita Harian pada Isnin.(24 April)
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Isteri teruskan niat derma ginjal walau tahu risiko
Apr 23, 2023 | 12:28 PM