Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB : EKONOMI

Isu ekonomi, kenaikan kos, kadar faedah jadi sorotan AP

Penting bagi warga percaya dan bekerjasama dengan pemimpin 4G bagi atasi cabaran bersama
Apr 20, 2023 | 05:30 AM



ISU-ISU berkaitan ekonomi seperti kos dan kadar faedah yang semakin meningkat di Singapura telah mendapat sorotan beberapa Anggota Parlimen (AP) pada hari ketiga perbahasan susulan Ucapan Presiden.



Membentangkan hujahnya, Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) berkata bahawa Singapura kini berada di persimpangan yang baru - bilangan penduduk semakin menua, kos dan kadar faedah yang meningkat di samping persaingan sejagat lebih sengit untuk perniagaan dan bakat.



Lantaran itu, adalah penting untuk warga percaya dan bekerjasama dengan pemimpin 4G bagi mengatasi cabaran ini, sepertimana kita memerangi pandemik Covid-19 bersama.



Encik Saktiandi menarik perhatian bahawa kos dan harga mungkin meningkat lagi di tengah-tengah hambatan yang kian bertambah.



Ini termasuk tanah yang terbatas di Singapura, cabaran pekerja yang berterusan dan hambatan dari segi karbon sedang kita meningkatkan komitmen mengurangkan karbon menerusi cukai karbon, yang bakal dilaksanakan nanti.



"Dari segi jangka pendek, kita perlu menolong warga Singapura mengemudi sekitaran baru kos yang meningkat dan kadar faedah lebih tinggi," tekan Encik Saktiandi.



Dalam hal ini, beliau melahirkan keprihatinan mengenai trend penggunaan kad kredit sebagai kadar pembayaran paling popular di Singapura, berdasarkan nilai urus niaga.



Ini adalah sesuatu yang membimbangkan memandangkan kenaikan kadar faedah 3 peratus hingga 4 peratus, antara April 2022 dengan April 2023, menurut beliau.



"Memandang ke hadapan, saya berharap pihak Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan kementerian yang relevan telah atau akan mengkaji trend pembayaran lambat bagi kad kredit atau data mengikut kumpulan usia dan melebihi had Nisbah Pembayaran Hutang Keseluruhan (TDSR) dan sama ada kita perlu mengenakan langkah kawal selia tambahan bagi kredit yang diambil rakyat Singapura.



"Jika tidak, apakah kita boleh melakukan lebih banyak usaha upstream (pendekatan awal) dengan kaum belia kita dan bilangan penduduk muda kita?" ujar Encik Saktiandi.



Beliau turut menarik perhatian yang lebih ramai pasangan kini memerlukan dwipendapatan bagi memenuhi tanggungan kewangan yang semakin bertambah.



Dalam hal ini, Encik Saktiandi berkata, satu dasar utama pemerintah akan memastikan pilihan penjagaan yang dimampui dan mencukupi untuk anak-anak kecil.



Menjelang 2025, 80 peratus kanak-kanak akan mendapat tempat di prasekolah kendalian pemerintah dengan yuran dimampui.



"Maka itu, apakah metrik yang digunakan pemerintah untuk menetapkan harga yuran prasekolah dan memastikan ia 'dimampui"?



"Selain kemudahan penjagaan bayi, adalah penting juga untuk memastikan adanya pilihan penjagaan lain yang dikaji oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk memenuhi pilihan dan keperluan yang berlainan," usul beliau.



Sementara itu, Encik Derrick Goh (GRC Nee Soon) berkata sementara kita terus menggalak setiap warga memaksimumkan potensi, hakikatnya ialah adalah tidak praktikal untuk pemerintah memenuhi semua kemahuan.



"Memadankan sumber yang terbatas untuk memenuhi jangkaan yang semakin meningkat dan tiada penghujungnya adalah sesuatu yang tidak boleh dihuraikan oleh sebarang pemerintah.



"Justeru, ini memerlukan kita untuk membuat pilihan dan mencapai keseimbangan bagi memastikan dasar kita mampan," terangnya.



Beliau menukil contoh dalam perbahasan mengenai perumahan, yang meskipun kita bersetuju aspirasi ramai anak muda untuk tinggal dekat dengan ibu bapa tetapi mustahil untuk semua diberikan flat di estet matang kerana ruang terbatas.



"Persoalan utama ialah bagaimana untuk memperuntukkannya... dari segi daya kemampuan, bagaimana pemerintah dapat mengimbangi antara pembeli yang mahukan harga lebih rendah dengan penjual yang menjangkakan taksiran lebih tinggi?" kata Encik Goh.




"Memandang ke hadapan, saya berharap pihak Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan kementerian yang relevan telah atau akan mengkaji trend pembayaran lambat bagi kad kredit atau data mengikut kumpulan usia dan melebihi had Nisbah Pembayaran Hutang Keseluruhan (TDSR) dan sama ada kita perlu mengenakan langkah kawal selia tambahan bagi kredit yang diambil rakyat Singapura.

Jika tidak, apakah kita boleh melakukan lebih banyak usaha upstream (pendekatan awal) dengan kaum belia kita dan bilangan penduduk muda kita?"

- Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh).




"Memadankan sumber yang terbatas untuk memenuhi jangkaan yang semakin meningkat dan tiada penghujungnya adalah sesuatu yang tidak boleh dihuraikan oleh sebarang pemerintah.

Justeru, ini memerlukan kita untuk membuat pilihan dan mencapai keseimbangan bagi memastikan dasar kita mampan."

- Encik Derrick Goh (GRC Nee Soon).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >