KEMENTERIAN Pembangunan Negara (MND) telah menerima kenyataan kewangan daripada Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) pada 24 Februari lalu serta dokumen yang berkaitannya seminggu kemudian - sekitar enam bulan selepas tempoh batas yang diberi oleh MND iaitu pada 31 Ogos lalu.
Dalam satu kenyataan semalam, MND berkata AHTC telah meminta MND memberi mereka lebih masa untuk mengemukakan kenyataan kewangan bagi tahun kewangan 2015 (FY2015) pada 12 Ogos lalu.