Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu perubahan iklim belenggu minda orang muda

Episod ketiga 'OMG!' terbitan BH kupas isu, tabiat kemampanan
Feb 25, 2023 | 05:30 AM



ISU perubahan iklim dan alam sekitar adalah topik yang dekat dengan hati golongan muda.



Apakan tidak. Orang muda dan generasi akan datang yang akan mewarisi bumi ini, sekali gus ia mempengaruhi pemikiran mereka dalam memikirkan masa depan.



Kesan perubahan iklim semakin ketara dengan cuaca tidak menentu, termasuk di Singapura, dan bencana alam di banyak negara seluruh dunia.



Justeru, dalam episod ketiga rancangan Orang Muda Gitew (OMG!), tiga tetamu undangan muda - Pengasas Crazycat, Cik Sarah Bagharib; Pengurus Penglibatan dalam Keselamatan Siber, Cik Indra Jalal; dan pencipta kandungan, Syed Mustaffa Almutahar, berkongsi pendapat tentang kepentingan tabiat kemampanan.



Sebagai seorang ibu, pandangan Cik Sarah tentang kemampanan telah berubah.



Beliau mementingkan tabiat kemampanan dan turut berasa khuatir akan peranan ia memainkan pada masa depan anaknya.



"Di rumah, saya akan mengamalkan tabiat 'hijau' seperti mengurangkan penggunaan plastik dan pembaziran air demi mendidik anak saya," kongsinya di rancangan digital Berita Harian.



Malah bagi Syed Mustaffa, beliau berpendapat trend kemampanan seperti 'Save The Turtles' atau menyelamatkan penyu dengan mengurangkan penggunaan plastik itu adalah baik demi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat.



"Walaupun ia bermula sebagai trend ataupun kempen di mana kami mengurangkan penggunaan plastik seperti penyedut minuman, ia mewujudkan kesedaran yang penting," katanya.



Selain itu, pembuangan alat elektronik semakin meningkat disebabkan keinginan mendapatkan telefon bimbit yang lebih baru dan canggih.



"Telefon dan komputer selalunya akan disimpan ataupun dibuang. Itulah sebabnya saya memulakan Techdogood pada 2021 di mana kami mengumpul alat elektronik lama untuk dikitar semula dan diberi kepada kanak-kanak lain yang lebih memerlukannya," kata Cik Indra mengenai harapannya agar rakyat Singapura mengurangkan pembuangan alat elektronik.



Dalam episod itu, pelbagai cadangan dan pendapat dikongsi oleh mereka demi mengamalkan kehidupan yang lebih mampan.



Tabiat seharian seperti mengurangkan pembaziran makanan dan air, dan mematikan semua sumber elektrik apabila tidak digunakan ialah di antara tindakan kecil yang boleh membantu melindungi bumi.



"Jika kita tidak melakukan sesuatu untuk mengatasi perubahan iklim, kesannya akan lebih memudaratkan. Hujan deras akan menjejaskan tanaman yang kemudian akan menjejaskan kadar makanan di Singapura yang tidak akan cukup dan ia membimbangkan," kongsi Cik Farah H Sanwari, pengasas bersama FiTree, sebuah kumpulan eco Islam.



Untuk mengenali isu kemampanan dan cara mengamalkan tabiat kemampanan seharian dengan lebih lanjut, saksikan program OMG! pada 2 petang, di semua wadah digital BH termasuk Facebook, Instagram, TikTok dan juga YouTube.




"Di rumah, saya akan mengamalkan tabiat 'hijau' seperti mengurangkan penggunaan plastik dan pembaziran air demi mendidik anak saya."
- Cik Sarah Bagharib, Pengasas Crazycat.



"Walaupun ia bermula sebagai trend ataupun kempen di mana kami mengurangkan penggunaan plastik seperti penyedut minuman, ia mewujudkan kesedaran yang penting."
- Syed Mustaffa Almutahar, pencipta kandungan.



"Telefon dan komputer selalunya akan disimpan ataupun dibuang. Itulah sebabnya saya memulakan Techdogood pada 2021 di mana kami mengumpul alat elektronik lama untuk dikitar semula dan diberi kepada kanak-kanak lain yang lebih memerlukannya."
- Cik Indra Jalal, Pengurus Penglibatan dalam Keselamatan Siber.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >