Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu radikalisasi: Elak pilih jalan yang cetuskan keganasan

Feb 27, 2023 | 05:30 AM



DALAM memilih untuk melakukan sesuatu demi membantu mereka yang mungkin mengalami penindasan, kunci utama ialah memilih jalan yang tidak mencetuskan keganasan.



Demikian kata Timbalan Pengarah Pejabat Mufti, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, bagi menjawab soalan tentang cara melindungi diri kita daripada radikalisasi dan kandungan ekstremis semasa sesi Instagram Live yang diadakan Sabtu.



"Sepanjang sedekad lalu saya telah berinteraksi dengan ulama daripada pelbagai negara di seluruh dunia... dan tidak ada seorang pun daripada mereka yang menyuruh atau berpegang pada pandangan yang menyeru ke arah keganasan dan peperangan.



"Kita pilih jalan diplomatik, atau melalui platform kemanusiaan untuk membantu golongan tersebut kerana kita mahu sejauh mungkin untuk meminimumkan penerusan peperangan dan sebagainya," ujar Ustaz Irwan.



Beliau telah mengupas isu radikalisasi dalam IG Live bertajuk Membongkar Ekstremisme dan Bahayanya anjuran pertubuhan agama dalam talian, The Converts Central, pada 25 Februari.



Sesi selama sekitar sejam itu menyentuh antara lain, punca-punca radikalisasi, jenis-jenis jihad serta apa yang dapat masyarakat lakukan untuk mengatasi cabaran ekstremisme dalam kalangan belia.



Menyentuh insiden yang berlaku baru-baru ini di mana dua remaja berusia 15 dan 16 tahun, yang menjadi radikal sendiri ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ustaz Irwan berkata:



"Saya rasa apa yang telah berlaku beberapa minggu lalu sangat, sangat malang dan menyedihkan.



"Namun, sebagai Muslim, kita melihat setiap situasi sebagai peluang.



"Setiap kali kes serupa berlaku, ia sepatutnya merangsang kita dan memberitahu kita bahawa masih ada tugas yang perlu dilakukan, masih ada peluang untuk kita terus memastikan Islam yang betul dan tepat difahami dalam kalangan masyarakat."



Terdapat keperluan bagi masyarakat untuk mempelajari dengan lebih mendalam agama Islam itu sendiri, termasuk memahami teks-teks keagamaan, sejarah Islam dan Al-Quran dengan tepat.



Pada masa yang sama, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka tidak memiliki pemahaman agama yang terpesong.



"Ini adalah satu rayuan kepada ibu bapa: dekati, dekati dan dekati anak-anak anda tentang topik keganasan.



"Anda mungkin berfikir 'oh, anak saya tak akan terjebak dalam perkara macam tu', tapi kita tak tahu bila perubahan identiti seterusnya yang mungkin mendorong mereka ke arah (perkara sedemikian) boleh berlaku," ujar Ustaz Irwan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >