SINGAPURA dan Malaysia sudah sama-sama mengorak langkah saling menghubungi bagi menghuraikan isu pertikaian sempadan maritim.
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dan Peguam Negara, Encik Lucien Wong, telah menemui Peguam Negara Malaysia, Encik Tommy Thomas, pada 7 Disember lalu bagi membincangkan isu berhubung sempadan maritim dan beberapa isu lain.