Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MESYUARAT MENTERI LUAR ASEAN (AMM) KE-55 DAN MESYUARAT BERKAITAN

Isu AS-Taiwan: Elak salah perhitungan, kata Vivian dalam pertemuan dengan menlu China

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



PHNOM PENH: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan telah menekankan perlunya mengelak daripada "salah perhitungan dan kemalangan" yang boleh memburukkan lagi keadaan yang kemudian menjadikan rantau ini tidak stabil.



Beliau juga berharap Amerika Syarikat dan China akan dapat melaksanakan perjanjian yang membenarkan keamanan daripada kededua pihak sampai bila-bila atau sehingga satu perjanjian tercapai.



Dr Balakrishnan membentangkan butiran tersebut dalam satu mesyuarat dengan Menteri Luar China, Encik Wang Yi, kelmarin, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan.



"Mereka bertukar pandangan tentang situasi serantau dan antarabangsa, termasuk perkembangan terbaru di Selat Taiwan," kata kenyataan itu.



"Singapura mempunyai dasar 'satu China' yang jelas dan konsisten dan menentang kepada kemerdekaan Taiwan dan sebarang langkah satu hala bagi mengubah kedudukan (status quo) itu," tambahnya.



Kededua menteri berada di Phnom Penh bagi Mesyuarat Menteri Luar Asean (AMM) ke-55 dan mesyuarat berkaitan.



Mesyuarat itu berlangsung sedang ketegangan antara Amerika dengan China terus meningkat, termasuk langkah China melancarkan latihan ketenteraannya di Selat Taiwan, menyusuli lawatan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi, ke Taiwan, Rabu lalu.



Para menteri Asean juga telah menggesa "kekangan maksimum" dan meminta masyarakat sejagat mengelak tindakan yang boleh menyebabkan rantau ini menjadi tidak stabil.



Semasa mesyuarat itu, Dr Balakrishnan dan Encik Wang mengesahkan hubungan kukuh antara Singapura dengan China, dan membincangkan akan kepentingan meluaskan pertukaran peringkat tinggi dua hala, kata MFA.



Ini termasuk lawatan awal ke Singapura oleh Menteri Pertahanan Nasional China, Jeneral Wei Fenghe, dan oleh Menteri Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China, Encik Liu Jianchao, bulan lalu.



Dr Balakrishnan dan Encik Wang juga menantikan pembukaan semula hubungan udara sepenuhnya dan pertukaran pelajar, pelancong dan perniagaan apabila keadaan mengizinkan, tambah MFA.



Kelmarin, para menteri luar Asean juga bertemu Encik Wang di Pos-Persidangan Menteri Asean-China dan di Mesyuarat Menteri Luar Asean Campur Tiga, termasuk rakan-rakan mereka dari Jepun dan Korea Selatan.



Para menteri Asean juga bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, semasa Pos-Persidangan Kementerian Asean-AS. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >