SYARIKAT teksi setempat kini diizin melaksanakan sistem 'harga dinamik' baru, dengan tambang akan bertukar mengikut permintaan.
Dalam kenyataan bersama semalam, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Majlis Pengangkutan Awam (PTC) berkata mereka "tidak ada bantahan terhadap cadangan" yang dikemukakan pengendali teksi berkenaan sistem tambang baru, yang juga dikenali sebagai harga lonjakan atau 'surge pricing'.