Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISU TUDUNG JURURAWAT

Pergas: Perkembangan positif hasil kesinambungan perjuangan semua pihak

Mar 28, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) berkata perkembangan positif dalam isu tudung bagi jururawat bukan hanya bermula dari usaha beberapa bulan kebelakangan ini.



Sebaliknya, ia merupakan kesinambungan perjuangan yang telah dimulakan oleh sesepuh atau masyayikh (penasihat mapan) Pergas sejak tahun 1980-an lagi dan terus disambung oleh kepimpinan Pergas sehingga hari ini, bersama-sama dengan pihak berkepentingan lain seperti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



"Ia juga tidak terlaksana tanpa usaha dan sokongan daripada pihak berkepentingan lain seperti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), badan-badan Islam setempat, para asatizah dahulu dan kini serta doa seluruh masyarakat Islam Singapura.



"Dan tanpa doa masyarakat Islam, pastinya perkara ini sukar menjadi realiti," kata persatuan itu.



Pergas berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada media lewat malam kelmarin.



Dalam kenyataan itu, persatuan tersebut juga memohon doa dan sokongan dari masyarakat Islam agar "impian yang kita kongsi bersama ini bakal segera menjadi kenyataan".



Pergas juga mengalu-alukan perkembangan positif yang disampaikan pemerintah berkenaan pemakaian tudung bagi jururawat.



Ia juga merakamkan penghargaannya kepada pemerintah yang telah mengambil langkah untuk mengkaji semula peraturan berkaitan tudung itu setelah berbincang dengan para asatizah dan pemimpin agama selama beberapa bulan yang lalu.



"Kami akan meneruskan usaha kami dalam menyediakan khidmat kepada masyarakat Islam dengan kemampuan terbaik kami. Kami memohon doa dan sokongan dari masyarakat Islam dengan harapan impian yang kita kongsi bersama ini bakal segera menjadi kenyataan," kata Pergas lagi.



Kenyataan Pergas itu menyusuli pendedahan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, bahawa bayangan kemungkinan ada perubahan peraturan bagi membolehkan jururawat memakai tudung, jika mereka ingin berbuat demikian sebagai sebahagian seragam mereka, telah diberikan seawal enam bulan lalu.



Hal tersebut telah disampaikan beliau kepada beberapa asatizah dalam satu sesi privet pada 31 Ogos lalu yang dihadiri antaranya oleh asatizah mapan termasuk Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, Ustaz Ali Mohamed dan Ustaz Pasuni Maulan serta beberapa pegawai Pergas.



Encik Shanmugam mendedahkan perkara tersebut dalam satu dialog dengan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) di auditorium Masjid Khadijah awal minggu lalu.



Beliau juga menyatakan pendirian pemerintah berhubung isu tudung ini selaras dengan apa yang dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di Parlimen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >