Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran bantu dalam siasatan CPIB

Jul 12, 2023 | 07:24 PM



Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, sedang membantu Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam siasatan kes yang dibongkar oleh badan antirasuah itu.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, CPIB berkata ia akur akan keinginan orang ramai untuk mengetahui butiran kes itu kerana seorang menteri sedang diwawancara oleh biro tersebut.

“Memandangkan siasatan sedang dijalankan, CPIB tidak dapat memberikan butiran lanjut.

“CPIB akan menyiasat kes ini secara teliti dengan tekad yang kukuh untuk menetapkan fakta dan kebenaran, dan untuk mendukung kedaulatan undang-undang,” ujarnya.

Menerusi satu kenyataan berasingan pada Rabu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata pengarah CPIB telah memaklumkan kepadanya mengenai kes itu pada 5 Julai dan meminta persetujuannya untuk membuka siasatan rasmi.

Ini akan melibatkan wawancara dengan Encik Iswaran, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, dan beberapa individu lain.

“Saya telah memberi persetujuan saya kepada pengarah CPIB pada 6 Julai dan kemudian siasatan rasmi bermula pada 11 Julai. Encik Iswaran kini sedang membantu CPIB dengan siasatan, yang sedang berlangsung,” katanya.

Encik Lee menambah bahawa beliau telah mengarahkan Encik Iswaran agar mengambil cuti ketidakhadiran hingga siasatan selesai.

Semasa ketiadaan Encik Iswaran, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kewangan), Encik Chee Hong Tat, akan memainkan peranan sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan, tambahnya.

Cuti ketidakhadiran itu juga termasuk bagi tugasnya sebagai Anggota Parlimen GRC West Coast.

Beliau merupakan pengerusi cawangan West Coast PAP – salah satu daripada lima cawangan parti dalam GRC itu.

Ketika ditemui media pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menekankan bahawa beliau dan Encik Lee komited untuk memastikan pemerintah dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) kekal mempunyai kepercayaan rakyat.

Tambahnya, pemerintah tidak akan menyembunyikan apa-apa perkara, meskipun perkara tersebut berpotensi memalukan atau merosakkan reputasinya.

Dalam kenyataannya, CPIB juga berkata Singapura mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap rasuah.

“CPIB menyiasat semua kes tanpa rasa takut atau pilih kasih dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan rasuah,” katanya.

Encik Iswaran telah dipilih memasuki Parlimen pada 1997 sebagai Anggota Parlimen GRC West Coast, di mana beliau telah berkhidmat sepanjang 26 tahun lalu.

Beliau dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh dalam Pejabat Perdana Menteri pada 2011.

Beliau juga pernah memegang jawatan menteri dalam pelbagai kementerian sebelum ini termasuk pendidikan, ehwal dalam negeri, serta perhubungan dan penerangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >