Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran: Bilangan COE akan meningkat bagi kenderaan Kategori A, B

Peningkatan dilaksana bagi tempoh 3 bulan dari Mei hingga Julai
May 09, 2023 | 05:30 AM



BEKALAN Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaan akan meningkat sehingga 24 peratus bagi kereta kurang berkuasa (Kategori A) dan 15 peratus bagi kereta lebih besar dan lebih berkuasa (Kategori B) bagi kuota untuk tempoh tiga bulan dari Mei hingga Julai.



Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, memberitahu Parlimen pada Isnin bahawa sebagai satu langkah latihan sekali sahaja, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) "akan membawa ke hadapan dan mengagihkan bekalan daripada COE lima tahun yang dijadualkan tamat pada kemuncak bekalan yang diramalkan selanjutnya".



Ini timbul di sebalik harga COE yang memuncak di mana premium Kategori A dan B masing-masing melepasi $100,000 dan $120,000 dalam tender terkini.



COE yang dihidupkan semula atau dilanjutkan untuk tempoh lima tahun tidak boleh dilanjutkan lagi dan kenderaan perlu ditarik balik pendaftarannya.



"Bekalan ini akan diagihkan sepanjang beberapa suku, bermula semasa latihan bidaan akan datang," kata Encik Iswaran dalam satu kenyataan menteri.



Dalam satu kenyataan, LTA berkata ia akan mengagihkan semula sekitar 6,000 COE lima tahun, bermula daripada latihan bidaan akan datang yang bermula pada 15 Mei.



Kuota COE bagi Mei hingga Julai 2023 akan meningkat daripada 2,798 kepada 3,358 (Kategori A) dan 2,367 kepada 2,663 (Kategori B).



Ini tidak akan mengubah kadar pertumbuhan kenderaan sifar daripada keseluruhan bilangan kenderaan, kata LTA, sambil menambah bahawa ia telah mengenal pasti kenderaan tertentu dalam pendaftaran kenderaan dengan COE lima tahun yang tidak boleh dilanjutkan.



Apabila kenderaan dengan COE lima tahun ini ditarik balik pendaftarannya pada masa akan datang, kuota mereka tidak akan dikitar semula ke dalam sistem bagi bidaan memandangkan ia sudah diedar semula di bawah latihan sekali sahaja.



Namun Encik Iswaran memberi amaran bahawa langkah itu mungkin tidak akan menghentikan harga yang turun naik.



"Ini akan membantu mengurangkan, tapi tidak menghapuskan bekalan yang turun naik.



"Akan terdapat kadar bekalan yang turun naik akibat faktor sejarah dan keadaan pasaran yang luas," katanya.



Beliau menambah bahawa dalam jangka panjang trend kenaikan harga COE akibat pendapatan yang bertambah dan pertumbuhan sifar jumlah kenderaan tidak akan reda.



"Kita mesti jangkakan kenaikan harga COE dalam jangka panjang," katanya.



Dalam bidaan terbaru, harga COE bagi kereta lebih kecil sehingga 1,600cc dan 130bhp serta bagi kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kuasa sehingga 110 kilowatt, ditutup pada paras $101,001 - merosot 2.6 peratus daripada paras tertinggi sebelumnya, iaitu $103,721 dalam tender 19 April. Bagi kereta lebih besar dan EV lebih berkuasa, harga COE ditutup pada $119,399, turun 1.2 peratus daripada paras tertinggi sebelumnya, iaitu $120,889 yang ditetapkan pada 19 April. Harga COE kategori terbuka pula ditutup pada $124,002, iaitu 0.4 peratus lebih rendah daripada $124,501.



COE kenderaan komersial - seperti van, trak, lori - pula ditutup pada harga $75,589, satu peningkatan 0.3 peratus berbanding $75,334 dua minggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >