Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran: Projek RTS Johor Bahru-S'pura berjalan lancar

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Pengangkutan, Encik S Iswaran, bertemu dengan pasukan daripada Prasarana Malaysia - pengendali pengangkutan awam Malaysia yang bekerjasama dengan syarikat pengangkutan SMRT dalam pembinaan projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura - kelmarin.



Encik Iswaran berkata mereka telah menyentuh tentang kemajuan baik projek RTS itu, yang dijadual dibuka bagi khidmat penumpang menjelang akhir 2026.



"Ini akan mempertingkat ketersambungan rentas sempadan bagi berjuta-juta penumpang antara kedua-dua negara kita.



"Ia juga menekankan kerjasama kukuh dan hubungan rapat antara rakan sektor awam dan swasta daripada kedua-dua negara," kata beliau dalam satu catatan Facebook kelmarin.



Apabila siap nanti, khidmat rel sepanjang 4 kilometer itu akan membolehkan penumpang membuat perjalanan antara Woodlands North di Singapura dan Bukit Chagar di Johor Bahru.



Ia boleh menampung sehingga 10,000 penumpang setiap jam dalam setiap arah.



Masa perjalanan antara kedua-dua stesen tersebut adalah sekitar lima minit.



Kelmarin, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dan rakan sejawat Malaysia beliau, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, telah membuat penilaian mengenai hubungan dua hala Singapura dengan Malaysia, termasuk mengenai projek RTS itu, semasa pertemuan mereka.



Dr Balakrishnan kini berada di Malaysia bagi satu lawatan empat hari untuk memperkukuh hubungan rapat antara kededua negara itu di samping mempererat lagi kerjasama dua hala dengan kerajaan baru Malaysia.



"Mereka menyentuh tentang kemajuan baik projek RTS Johor Bahru-Singapura dan menantikan permulaan perkhidmatan penumpang menjelang akhir 2026," kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya kelmarin.



Pada Disember lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mass Rapid Transit Corp Malaysia, Encik Mohd Zarif Hashim, berkata projek RTS itu tidak terjejas oleh perubahan kerajaan negara itu, dan ia sudah lebih 20 peratus siap dibina.



"Projek RTS menerima kelulusan dari Malaysia pada 2019. Kami telah membuat kemajuan baik sejauh ini dan ia akan diteruskan," kata beliau dalam satu seminar mengenai RTS dan kesannya terhadap pasaran hartanah Johor baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >