Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Jaga tumbuhan, tanam nilai murni

Jul 01, 2022 | 05:30 AM



MENANAM dan menjaga tumbuh-tumbuhan memang bukan sesuatu yang mudah kerana ia memakan masa yang lama sebelum melihat hasilnya.



Tetapi sifat sabar inilah yang dipelajari murid darjah enam, Tiara Qistina Shahrudin dalam proses melibatkan diri dalam program khas di Sekolah Rendah Unity.



"Terdapat tatacaranya tersendiri apabila menanam biji benih. Selain itu saya juga pelajari untuk kita menghormati sekitaran dan berusaha melakukan lebih banyak untuk memeliharanya," kata pengawas itu.



Sejak 2015, sekolah itu telah memperkenal Program Belajar untuk Hidup (LLP) yang memberi tumpuan kepada pembangunan watak termasuk kepimpinan dan pada masa yang sama memupuk amalan sekitaran yang baik menerusi pengalaman autentik.



Bermula dari darjah tiga, murid akan menanam tumbuhan mereka sendiri agar dapat mengalami dan menghargai cabaran proses menanam tanaman tersebut.



Program di sekolah yang terletak di Choa Chu Kang Crescent itu berlangsung sehingga pelajar di darjah lima.



Menerusi program tersebut, secara tidak langsung, murid akan mempelajari nilai seperti sifat bertanggungjawab dan daya tahan dalam memastikan hasil tanaman mereka berjaya.



Penolong Ketua, Peringkat Tahun Rendah Pertengahan, Cik Zunurain Othman berkata program itu menyediakan wadah kepada murid untuk mengambil tindakan bagi memperbaiki isu yang mereka prihatin selain menggalak kesedaran agar orang lain boleh mempelajari tentang keprihatinan penting dalam masyarakat.



"Kami percaya dalam memupuk pelajar yang penyayang dengan menjadikan mereka lebih sedar terhadap keperluan global serta isu sekitaran hari ini di samping membawa perbezaan ke atas kehidupan orang lain," katanya.



Beliau menambah murid-murid selalunya tidak sabar apabila tiba aktiviti LLP kerana ia memberi mereka rasa tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara tumbuh-tumbuhan mereka.



"Selain mempelajari konsep Sains yang berkaitan dengan program ini, murid juga sedar mereka juga mempunyai peranan untuk menjaga alam sekitar," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >