Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bangkit untuk cemerlang di ITE

'Jalan jauh' tetapi semangat belajar tidak pernah putus

Kegagalan bukan bererti penghujung jalan bagi dua individu di Majlis Tamat Pengajian ITE 2019 yang berlangsung di ITE Kolej Central kelmarin. BERITA HARIAN menemuramah dua jejaka yang berjaya bangkit untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.
Jul 19, 2019 | 05:30 AM



SELEPAS dua tahun mengikuti jurusan kejuruteraan mekatronik di Politeknik Ngee Ann dahulu, Encik Muhammad Khairul Johari Jumahat memutuskan untuk berhenti belajar kerana hilang minat dalam bidang itu.



Selepas menjalani Perkhidmatan Negara (NS), beliau melanjutkan pengajian dalam diploma lanjutan dalam pengurusan sukan di sebuah institut pengajian privet.



Harapannya ketika itu adalah untuk bekerja di Hab Sukan Singapura setelah selesai belajar.



Namun, oleh sebab Hab Sukan itu belum siap dibangunkan ketika itu, beliau bertugas dalam industri penerbangan pula.



Beliau kemudian bertukar-tukar pekerjaan, termasuk bekerja sebagai pengawal rel dan pekerja penghantaran makanan, sehinggalah tercetus dalam fikirannya untuk kembali bersekolah.



"Ada kawan saya yang beritahu tentang Kredit SkillsFuture dan saya boleh gunakannya untuk belajar pada harga subsidi. Jadi saya pun tengok kursus yang ada.



"Saya ingatkan nak masuk politeknik semula tetapi sudah lebih 10 tahun saya tak masuk kelas. Saya pun apply di ITE kerana saya rasa ia lebih sesuai untuk saya," kata beliau.



Pada April 2017, beliau mengikuti kursus sambilan Highter Nitec dalam Teknologi - Kejuruteraan Mekanik di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat.



Namun hanya beberapa bulan selepas itu, Encik Muhammad Khairul memutuskan mendapatkan pekerjaan sepenuh masa sebagai teknisyen lif menerusi Program Penukaran Profesional (PCP) pula.



"Pada saya, saya tak boleh berhenti belajar. Jika saya berhenti, orang di belakang akan melangkah ke depan dan saya akan terus tertinggal di belakang," kata jejaka berusia 33 tahun itu, yang masih bujang.



Menurutnya, beliau melakukan tugasnya sebagai teknisyen lif pada siang hari dan kemudian akan menghadiri kelas di ITE pada sebelah malam, dengan kelas diadakan sekitar tiga kali seminggu.



Atas dedikasi dan prestasi cemerlangnya dalam akademik, Encik Muhammad Khairul dianugerahkan Pingat Emas e2i di majlis penyampaian sijil ITE 2019 di ibu pejabat ITE kelmarin.



Beliau juga menerima hadiah $600 sebagai sebahagian anugerah itu.



Pingat itu, yang ditaja Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i), bertujuan menggalak pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan orang dewasa dan mengiktiraf lulusan Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) atas usaha meningkatkan kemahiran dan pencapaian mereka.



"Saya rasa terharu dan tak sangka dapat anugerah ini. Anugerah ini ibarat satu bonus untuk saya," kata beliau, yang meraih Gred Purata Mata (GPA) 4.0 bagi kursus Higher Nitec-nya.



Encik Muhammad Khairul berkata segala kejayaannya itu adalah berkat sokongan dan bantuan ibu bapa, pensyarah dan rakan sekelasnya.



"Saya memang minat dengan bidang kejuruteraan sejak kecil lagi. Bapa saya kerja sebagai jurutera untuk hotel yang menjaga penyenggaraan dan kejuruteraan bangunan itu.



"Dari kecil lagi, bapa saya dah pengaruh saya... dan ibu bapa saya rasa lega dan menyokong saya apabila saya beritahu saya nak belajar lagi di ITE," kata beliau.



Encik Muhammad Khairul kini sedang melanjutkan pengajian di Politeknik Singapura dalam jurusan kejuruteraan mekanik secara sambilan dan memandang ke depan, beliau berharap dapat memasuki universiti untuk terus mempertingkat kemahiran.



"Bagi saya, penting bagi individu itu melakukan sesuatu yang dia minat supaya dia terus ada motivasi untuk mencapai cita-citanya. Mereka harus kenali apakah minat mereka, apa yang memberi motivasi kepada mereka supaya mereka boleh teruskan pengajian dan gembira melakukan pekerjaan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >