Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jalani hidup sihat bersama Unity

Aug 23, 2023 | 08:01 PM



Unity, cabang farmasi yang dikendalikan oleh NTUC FairPrice sedang mengadakan promosi yang menghadiahkan satu produk percuma kepada pelanggan yang membeli dua produk daripada beberapa jenama tertentu.

Promosi ini, yang bermula 24 Ogos dan berlangsung sehingga 6 September adalah bagi beberapa produk seperti produk kesihatan, produk kebersihan dan suplemen.

Ia selaras dengan falsafah Unity, yang menggalak pelanggan untuk berasa hebat secara luaran dan dalaman untuk hidup sejahtera, menurut jurucakap farmasi itu.

Dengan ini, Unity berusaha untuk menyediakan pelanggan mereka dengan produk dan perkhidmatan yang mempunyai nilai yang lebih baik agar pelanggan mereka dapat merealisasikan kesihatan, kesejahteraan dan kecantikan mereka.

Ada tiga prinsip utama yang cuba dipupuk Unity. Prinsip pertama adalah ‘Hidup Sihat’, di mana mereka bukan hanya menyediakan pelbagai produk, tetapi juga membenarkan pelanggan mereka memahami tentang terapi-terapi holistik dan perkhidmatan kesihatan.

Unity ingin memastikan pelanggan mereka dapat menjalani kehidupan dengan sepenuhnya dan mempunyai sekumpulan produk yang dijualnya secara eksklusif.

Dua produk telah memenangi Anugerah Pilihan Popular Unity (UPCA) di bawah ‘Hidup Sihat’.

Produk pertama adalah ‘AL Growth Xtend Capsules’ yang dibuat daripada enam nutrien penting untuk pertumbuhan optimum remaja.

Produk kedua adalah ‘WELLCARE Joint Health Formula Tablets’ yang mengandungi Glucosamin, Chondroitin dan MSM, untuk kesihatan sendi, memperbaiki fleksibiliti dan mengurangi rasa ketidakselesaaan.

Prinsip kedua iaitu ‘Rasa Sihat’ adalah untuk memastikan bahawa pelanggan mereka hidup seselesa mungkin untuk menjalani hidup seharian mereka.

Daripada vitamin kepada perubatan TCM, Unity menjanjikan pelanggan mereka kesihatan dan dapat menikmati kehidupan.

Prinsip ketiga, ‘Nampak Sihat’ pula bertujuan untuk memastikan pelanggan mereka dapat menjaga kebersihan dan kecantikan mereka agar mereka rasa yakin.

Unity bersemangat membantu pelanggan mereka berasa sihat dengan produk-produk kecantikan mereka.

Salah satu produk yang memenangi anugerah UPCA adalah produk ‘TSAIO’, syampu daripada Taiwan yang mengandungi ekstrak teh yang dapat menghilangkan sebum, mempunyai antioksidan dan menyegarkan kulit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >