Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jambatan Sungai Singapura dan Padang bakal diwarta sebagai monumen nasional

Aug 03, 2019 | 03:38 PM



SINGAPURA bakal mewartakan dua Monumen Nasional baru iaitu jambatan di Sungai Singapura (Cavenagh, Anderson dan Elgin) serta Padang.



Kesemua jambatan dan juga Padang akan diberikan tahap pemeliharaan tertinggi disebabkan keutamaan nasional mereka. 



Rancangan Lembaga Warisan Negara (NHB) mewartakan Monumen Nasional itu diumum Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat hari ini. 



Pengumuman tersebut adalah sempena memperingati 200 tahun Singapura tahun ini, dan meraikan pentingnya kewujudan monumen-monumen tersebut dalam pertumbuhan dan pembangunan Singapura. 



Pengarah jabatan Pemeliharaan Tapak dan Monumen NHB, Cik Jean Wee berkata: 



“Padang dan juga jambatan di Sungai Singapura penting dalam tahun-tahun awal Singapura. 



“Jambatan Cavenagh merupakan jambatan paling tua di sungai tersebut. Usaha mewartakan Cavenagh, Anderson dan Elgin mengiktiraf kemajuan teknologi dalam pembangunan jambatan awal. 



“Dari segi fungsi, mereka menyokong usaha perdagangan Singapura serta menggabungkan kawasan komersial dan pemerintah. 



“Padang merupakan ruang terbuka di tengah daerah sivik. Orang ramai akan berkumpul di sana untuk meraikan acara-acara penting sepanjang sejarah Singapura,” katanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >